Berteriak persis Tarzan
Monday, January 23, 2017
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih atas sokongan kalian. Semoga kalian dilindungiNya selalu.
Post kali ini saya ingin berkongsi tentang sikap suka berteriak bila marah.
Artikel ini saya baca di Facebook dan berguna sebagai panduan kita:
"Seorang Tuan Syeikh berjalan dengan para muridnya, mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.
Tuan Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : “Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?”.
Salah seorang murid menjawab : “Kerana kehilangan sabar, maka mereka berteriak.”
“Tetapi, mengapa perlu berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesanan yang ingin disampaikan, boleh diucapkan dengan cara lembut?” Tanya Tuan Syeikh menguji murid-muridnya.
Muridnya pun saling mengutarakan jawapan, namun tiada satupun jawapan mereka sepakat dan betul.
Akhirnya Tuan Syeikh berkata : “Bila dua orang sedang marah, maka hati mereka saling menjauh. Bagi menempuh jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak supaya perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakkannya kerana jarak kedua hati semakin jauh”.
“Begitu juga sebaliknya, ketika dua insan saling jatuh cinta.” lanjut Tuan Syeikh.
“Mereka tidak saling berteriak antara satu sama lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka dekat. Jarak antara kedua-dua hati sangat dekat.”
“Bila mereka semakin saling mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi bicara. Mereka hanya berbisik dan saling dekat dengan perasaan kasih-sayang. Akhirnya, mereka tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."
Tuan Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut : “Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian menjauh. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati terus menjauh kerana jika kita biarkan, suatu hari jaraknya tidak akan boleh ditempuh lagi”..
Begitulah, morale of the story tak perlulah menjerit untuk memperbaiki keadaan malah ianya hanya akan mengeruhkan keadaan. Semoga cerita di atas menjadi panduan kita.
Okay, that's all for now..
Thank you & Wasalam.

20 comments
SAKIT TEKAK JE BERTERIAK NI BUKAN ADA YG PEDULIPUN
ReplyDeleteBetullah Kak, memang xde sapa peduli.. lebih frust mereka yg berkenaan x tau pun kita tengah marah, huhuhu
Deletebila dah marah, mulut leh jadi takde insurans... orang yang mendengar akan jadi terasa hati dan jauh hati... susah nak dekatkan balik bila dah jauh hati ni
ReplyDeleteSetuju dengan blasahje, sebab tu bila marah kita digalakkan berdiam dari berkata-kata..
DeleteBila marah biasanya yang baik-baik hilang...yang ada semua yang buruk buruk...bukan bercinta sahaja dilarang berdua duakan kerana ketiganya syaitan..bila bertengkar pun bergitu..ketiganya syaitan..sebolehnya marah senyap..jarakkan diri dari keadaan itu..dah reda..bincang elok2...
ReplyDeleteSetuju PC, speak a good word or remain silent kannn.. Bila marah lebih baik diam dari berkata-kata nnti mcm2 perkataan x patut keluar hasil dari hasutan syaitan :-)
DeleteBetullah kalau marah org yg dekat depan mata pun pasti nak jerit2...bukannya tak dengar pun.
ReplyDeleteTu larr kann Kak Saniah, semua tu permainan syaitan.. Kena kawal diri & emosi..
Deletetq. for this reminder.
ReplyDeletekekadang bila marah, nak release tu dgn jerit ajer kan :) ha ha ha...
but, rasa nyer lebih tambah rasa sakit kepala kot.
ckp slowly pun ok.
Sama2 kasih adianiez.. ;-)
DeleteSetujuuuuuuuuuuuu sangat..Bila marah kadang-kadang lupa diri. Sebab tu kita kena byk istighfar..
marah je kann., huhu2
ReplyDeleteKalau ikut emosi wakkk, bila marah jerit, bila jerit marah..huhuhu
DeleteSatu pndangan baru :) betul jugakkan :)
ReplyDeleteBoleh diterima pakai jugak Mek.. ;-)
DeleteSweetnya entri ni LZ...
ReplyDeletePatutlah kan org yg bercinta cakap bisik bisik hihi.....rupanya hati mereka saling mendekat
Tu larr ada betulnya Mak Nom kann :-)
Deletejerit terpekik telolong kalu suara sedap x pegak hehehe...sapa? saya la tu hahahaha
ReplyDeleteMemang kadang-kadang sukar dikawal anies, hehehehe ;-)
DeletePatutlah hati jadi menjauh kerana marah yang tak nak dikawal
ReplyDeleteMenjerit sampai terdengar dek jiran adoii... malu ah!
Mrs. A lettew
Samalah kita Mrs. A, kadang-kadang terlepas jugak.. Lepas jerit baru perasan malu dgn jiran.. huhuhuhu
DeleteLeave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..