Tuesday, December 25, 2012

Watching movie The Hobbit: Unexpected Journey


Setelah sekian lama tak menonton movie tetiba si Arief asyik sangat memujuk tengok wayang. Tak habis-habis The Hobbit disebutnya. Jadi, cuti Hari Krismas 2012 digunakan menonton movie, The Hobbit : Unexpected Journey.

Best jugalah menonton cerita ni, jalan cerita macam filem trilogi Lord of The Rings.. Mana taknya Pengarah yang sama iaitu Peter Jackson. Pembikinan cerita ni dibuat di New Zealand iaitu di sebuah bandar di mana terletaknya sebuah rumah tumpangan yang dinamakan The Green Dragon. Bandar ni sekarang dah jadi tempat tarikan pelancong. Mulalah hati ni pasang niat nak gi sana satu hari nanti. 

Berbalik semula cerita The Hobbit ni, tertarik pula dengan hero yang macho dan gagah berani lakonan Richard Armitage  sebagai Thorin Oakenshield dan wira bernama Kili (lakonan Adan Turner).

Thorin Oakenshield, anak lelaki kepada Thrain, anak lelaki kepada Thror iaitu King Under the Mountain merupakan ketua Dwarves yang berniat untuk mendapatkan semula Arkenstone yang telah dicuri oleh  Smaug iaitu naga yang menyerang kerajaannya. Pengembaraan Thorin bersama 12 Dwarves dibantu oleh Bilbo Baggins dan Gandalf telah dihalang oleh bermacam-macam halangan seperti Trolls, Orc dan Warg. Cerita dan watak filem ni ada sangkut-paut dengan filem Lord of The Rings.

Tetapi cerita ni tergantung dan mungkin akan disambung hujung tahun 2013..



Thorin Oakenshield


 Kili


0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...