Happy weekend semua!!!
Best duk bersantai di rumah, bangun pagi with our own sweet time, breakfast sambil menonton tv, siram pokok bunga dan belek-belek my small garden depan rumah..
Pagi ni, I had a simple breakfast, just toast bread with a mug of coffee.. Arief Redza requested makan cereal dengan fresh milk.. Tengah hari nanti baru start masak..
Simple moments of the weekend..
Okay, sebut tentang masak-memasak ni, ada small project for the weekend.. plan dah lama bersarang di fikiran tapi asyik bertangguh-tangguh.. Padahal bukan project besar pun, just project membuat perencah home made segera untuk basic tumis-menumis.
Motif -> bila balik kerja masuk dapur tak perlulah menumbuk perencah or pagi-pagi bila nak masak nasi goreng tak yah bersilat dengan lesung batu atau blender semua tu..
So jimat masa dan tenaga.. hehehehe
Bahan asas yang diperlukan : bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan sedikit garam.. Kalau suka pedas, letak cili sebiji dua..
Cara-caranya :
Step 1 : Kupas bawang besar dan bawang putih. Ikan bilis basuh dan toskan. Kemudian, potong semua bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam blander kering. Jangan letak air. Masukkan sedikit garam sebagai agen pengawet asli.
Step 2 : Blender semua bahan-bahan tadi. Blender ikut kesukaan.
Saya prefer kasar-kasar sikit.
Step 3 : Inilah hasilnya. Siapppp!!!!
Perencah ni saya sediakan untuk menu sayur goreng dan stock ini disediakan untuk 5 hari sahaja semasa hari bekerja, kalau disimpan lebih dari seminggu dikhuatiri akan bertukar rasa..
Malam nanti bercadang untuk keluar beli few things untuk buat project menyimpan sayur - nanti dah jadi baru tunjuk..hehehe excited
buat project kecik2 ni ;-)
Begitulah cerita untuk dikongsi kali ini.. ^_^
No comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..