Salam..
Hari ni 8.5.2014, genap 2 bulan kehilangan pesawat MH370..
Doa rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka..
Semoga dimakhbulkan olehNya.
Malam ni dalam kepala pasang angan-angan nak kemas rumah ala-ala spring cleaning to the max, lepas tu buat deco canggih sikit dari biasa, cewahhh..
Misi akan dimulakan pada hujung minggu ini atau cuti hari Selasa nanti..
Dah tiba masanya kena tukar susun atur perabot, bosan dengan kedudukan yang sama sejak pindah ke rumah ni 2 tahun lepas..
Rutin harian mengemas seperti biasa.. Untuk memudahkan kerja, saya ikut jadual ni tapi kena disiplin baru nampak hasilnya. Kadang-kadang missed dan ikut suka jugak. Akibatnya rumah macam tongkang pecah. Bab vacum terus terang bagitau, memang saya malas. So part vacum rumah saya serahkan to my husband, hihihihi
Credit to www.makinghomebase.com
Jadi, sebelum memulakan proses kemas-mengemas dan deco-mendeco ni, sumber utama rujukan saya dari katalog IKEA then saya buat research dalam blog untuk dapatkan ilham or sumber inspirasi tentang susun atur perabot yang dikehendaki mengikut kesesuaian ruang rumah.
Rumah yang saya tinggal ni jenis teres 3 bilik, bahagian pintu masuk melalui sliding door seperti di bawah ni. Jadi susun atur seperti di bawah ni boleh dijadikan panduan..
Inpirasi untuk ruang tamu
Di bahagian tengah rumah ada ruang untuk ke bahagian dapur. Saya jadikan ruang tersebut sebagai ruang jahitan dan craft. Semua bahan-bahan jahitan disusun di ruang tersebut.
Gambar akan menyusul di entry akan datang yer..
So saya jadikan gambar di bawah ini sebagai ilham untuk ruang tersebut. Walaupun tak sama 100% tapi susun aturnya boleh dijadikan panduan.
Inspirasi untuk ruang jahitan dan craft
Credit to The Farm Chicks
Suka sangat baca blog The Farm Chicks.
Banyak tips decor boleh kita pelajari dalam blog tersebut.
Sebenarnya warna juga memainkan peranan penting untuk menjadikan sesebuah ruang nampak ceria dan menarik. So untuk kes saya ni, kita tunggu hasilnya nanti..
Adakah impian untuk kemas-mengemas dan deco-mendeco akan menjadi kenyataan? Tunggu next entry okay.. Tapi janganlah imagine lebih mengalahkan hasil kerja Eric Leong. Mimpilah jawapannya.. hikhikhik
Itulah sahaja angan-angan yang hendak dizahirkan dalam blog ini.
Esok tinggal sehari lagi bekerja dalam minggu ni.
So sebelum tidur kena buat preparation untuk hari esok. Semoga kita sama-sama dipermudahkan segala urusan, inshaAllah.
Okay, good night & taataa..
0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..