Sunday, August 31, 2014

Cuti Merdeka & Long Weekend!


Selamat Sejahtera to all readers..

Alhamdulillah, hari ini tanggal 31 Ogos 2014, negara kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-57.. Perasaan sedih dan gembira bercampur-baur.. Sedih mengenangkan tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah terkorban demi membebaskan Malaysia manakala perasaan gembira kerana menjadi anak Malaysia dan tinggal di sebuah negara yang aman makmur.
Semoga generasi baharu tidak mensia-siakan pengorbanan generasi terdahulu dan dapat mengekalkan keamanan ini untuk generasi mereka seterusnya..


 

Tahun ni sambutan Hari Merdeka tidak semeriah seperti sebelumnya kerana mengenang tragedi #MH17 dan #MH370..

Selain itu, tiada apa yang lebih menggembirakan hati ini bila cuti hujung minggu.. Terasa aman dan damai sebab tak perlu rushing pergi kerja atau hantar anak ke sekolah.. so heaven kan.. :-)

Pagi yang santai, sempat buat breakfast roti canai segera dengan kari kepala ikan merah..

Roti canai segera dan kari kepala ikan merah

Lepas breakfast jalan-jalan di luar rumah menikmati udara pagi sambil siram pokok bunga.. Banyak roses berkembang pagi ni.. Mungkin sebab hujan petang lately dan cuaca redup, so roses pun seronok berbunga.. hehehe

Memang sesuai dengan tagline ni :
v
v
v



Rose merah hati
Pink roses
For the first time, rose kuning mengeluarkan bunga :-)
Pokok lain pun seronok berbunga
Lepas puas membelek bunga, teringat menu tengah hari nanti.. Memandangkan kari kepala ikan masih ada, so masak menu tambahan iaitu sotong masak kunyit dan sayur kubis goreng, potong-potong, campak-campak, settled menu tengah hari! Semudah A, B, C.. hehehe

Sotong masak kunyit, simple :-)
Sambung pulak kita cerita semalam.. Kisah kanak-kanak tadika menyambut Merdeka Eve.. Hasil bimbingan guru-guru Tadika Mutiara Iltizam, kanak-kanak dibawa mengelilingi sekitar tadika ala-ala kontigen Hari Kebangsaan dari Tadika Mutiara Iltizam.. Diaorang bawa bendera Malaysia dengan 'tangan besar' melalui hadapan rumah penduduk taman, sambil melambai-lambai dan melaungkan 'Merdeka!!!' Mana tak semua penduduk taman keluar rumah! hahahaha.. Area taman perumahan ni ramai pakcik dan makcik yang dah bersara, so diaorang layan budak-budak ni lambai-lambai tangan... Seronoklah mereka ada respond..

Habis satu pusingan, mereka masuk semula ke sekolah.. Bukan main happy si Arief.. gembira sangat tak sempat-sempat bercerita betapa merdekanya dia tak belajar hari tu.. ;-)

Kontigen Hari Kebangsaan dari Tadika Mutiara Iltizam
Habis satu pusingan
Yay!!! Merdeka!!!!

 Balik sekolah, sampai jer di rumah terus capai basikal.. Bendera dari sekolah tadi dia letak kat basikal.. ronda depan rumah dengan bangganya nyanyi lagu Merdeka, "tanggal 31.. bulan lapan lima puluh tujuh, hari yang mulia hari bahagia sambut dengan jiwa yang Merdeka...bla..bla... bla..." - Apa-apalah anak janji bahagia..

Bukan main lagi dia, happy menjadi anak merdeka..

Inilah saja coretan sempena cuti Hari Merdeka..
Tahun ni cuti sempena Hari Merdeka jatuh pada hari Ahad, so hari Isnin dapat cuti ganti..
Boleh spend hujung minggu lama sikit..yeahah!!!

Anyway thank you for reading..
Have a nice weekend & Happy holiday!


0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...