Alhamdulillah.. syukur ke atas nikmat dariNya..
Cerita hari ini, sedang sibuk kerja, jam lebih kurang 12 tengah hari tetiba ada announcement dari Management office. Bukan announcement fire drill (kalau announcement fire drill, takde la den khabar sini) tapi rupanya announcement menjemput warga kerja yang menyewa di bangunan Kompleks PKNNS untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis rumah terbuka anjuran mereka. Terima kasih warga Kompleks PKNNS kerana sudi menjemput kami setiap tahun..
Bak kata pepatah, sudah mengantuk disorongkan bantal, maka tepat jam 1 tengah hari kami pun turun makan. Jadi tak mau cerita banyak, kita enjoy tengok gambar-gambar yang sempat diambil:-
|
Sambil makan ada hiburan |
|
Lihatlah, ramai yang turut serta, kebanyakkan tetamu dari Jabatan Kerajaan di sekitar Negeri Sembilan |
|
Sudah semestinya Cendol Songkok Tinggi, sedap |
|
Sate booth |
|
Para tetamu yang hadir |
|
Menu wajib, kuah kacang dan nasi impit |
|
Sate daging dan ayam, ni pun sedap |
|
Rendang daging dan lemang |
|
My all time favourite, roti jala dan kuah kari |
|
Ni tetamu jemputan |
|
|
Overall, kami selesa dengan open house yang dianjurkan. Menu hidangan tidak mengecewakan dan penganjur pun ramah serta mengalu-alukan kedatangan para tetamu. Kami tak rasa kekok..
Okay sekian entry kali ini.
Sepanjang bulan Syawal ni rasanya banyak entry tentang makan di sana sini..
Anyway, thank you for reading and have a good day ^_^
alahai bestnya klau skali skala dpt prgi mjlis mcm ni..:)
ReplyDeleteMemang best ika zulkefli, makanan pun semua sedap-sedap belaka.. Insha'Allah kalau ada rezeki satu hari nanti ika akan merasa jugak open office camni.. >_<
DeleteSetuju...PKNNS tuan rumah yang friendly.
ReplyDeleteKannn Mrs. A.. Hajat di hati nak bertandang lama tapi apakan daya ada tugas menanti di atas sana.. hahahaha
Delete