Pages - Menu

Monday, September 22, 2014

Jalan-Jalan & Makan-Makan @ Kedai Kopi Paklang, PD

Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers..
Minggu lepas merupakan minggu yang hectic dan agak memenatkan minda walaupun cuti sekolah.. Terasa cepat sungguh masa berlalu..
So setiap hujung minggu akan ku tebus segala penat lelah setelah 5 hari bekerja membanting tulang - huh ayat macam kerja bersawah..

Entry kali ni, nak citer throwback Sabtu hujung minggu lepas.. Pagi Sabtu hujan renyai- renyai sejak Subuh tapi mata tak mahu lelap sebab otak dah set tiap-tiap hari bangun pukul 5.30 pagi.. So capai lappy browsed akaun affiliate. Checked berapa income masuk for today.. hehehe bab ni memang ku suka..
Mengadap lappy sampai pukul 7.30 pagi, tetiba perut berkeroncong, aduh lapar..

Cuaca baik hari ni, time lapar ni terasa nak pi breakfast dan jalan-jalan tepi pantai.. Dalam fikiran tentulah ke Port Dickson.. mana lagi, pantai paling dekat dengan rumah katakan.. So apa lagi, cepat-cepat gegar satu rumah, panggil my son dan En. Suami bangun.. Pukul 8.30 pagi kami pun bertolak ke Port Dickson..



Pekan PD mendung waktu itu.. Destinasi breakfast kami di Kedai Kopi Paklang.. Bila ke pekan PD, kami selalu lalu depan kopitiam ni tapi saya ingat ni kopitiam Cina, so tak berani singgah hinggalah satu hari saya menonton episode Pasport Cinta Lisa Surihani & Yusri KRU. Dalam episode tu diaorg bercuti di PD, di sinilah tempat diaorg pi breakfast.. Dari situlah timbul idea teringin breakfast kat sini. Ni kes pengaruh cerita jugaklah namanya.. Hehehe



Dekorasi Kedai Kopi Paklang ni ada berunsur sejarah zaman dahulu
Menu pertama
Antara menu yang ditawarkan di sini
KAMI, En. Suami jadi photographer
Makanan saya order :
Nasi goreng pattaya untuk En. Suami
Set western untuk Arief Redza
Penang Assam Laksa untuk saya for second round selepas fisball soup :-)
Budak kecik ni tak sabar minum hot chocolate, panas-panas dia dah hirup
 Lepas makan, sementara En. Suami bayar bil di kaunter, kami sibuk posing.. Maklumlah first time makan sini, banyak kenangan perlu diabadikan, jakun sikit.. hahaha

Ntah bila dia pandai posing camni, macam hero hindustan
KAMI di pintu masuk kedai
Lepas makan kami pergi berjalan-jalan tepi pantai PD Waterfront.. Cuaca best, mendung dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa gitu..

 
Wah, ada perubahan - pandai we-fies sekarang :-)
Excited membawa diri dengan basikal dia..
Keadaan pantai PD pada waktu itu

At about 12 noon, kami pulang ke rumah.. Then, sambung my weekend routine - mendobi, kemas rumah dsb.

Okay, that's all for now..
Thank you for reading..
Have a good day everyone!     


4 comments:

  1. Comel arief.. Rupa 'like mother like son' hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samakah? Alhamdulillah Beautiful Creatures.. ^_^

      Delete
  2. Pernah makan dekat kedai pak lang..memang marbelous :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Mimie, terbaek!
      Boleh repeat lagi.. ^_^

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..