Assalamualaikum.. and Salam Sejahtera to all readers..
You all ada tak baki reben yang dah digunakan? Macam mana you all simpan or takde tempat nak simpan? Ataupun baki reben-reben tadi diletakkan bergulung-gulung dalam satu bekas? Akibatnya reben tadi berpintal-pintal antara satu sama lain dan ada juga yang berhabuk sebab tak diletakkan ke dalam storage yang sesuai. Next time bila nak guna kena selongkar merata tempat, cari balik bila jumpa dah berselirat tak tentu arah.. Tak ker jadi satu masalah.. haish!
So kalau ada masalah camtu, entry ni mungkin berguna. Kali ni saya nak ajar cara buat storage reben dari kotak kasut terpakai..
Mula-mula dapatkan bahan-bahan berikut :
1. Kotak kasut bertutup
2. Dawai kasar
3. Pita pelekat besar
4. Penebuk lubang - one single punch
5. Reinforcement ring
5. Reinforcement ring
6. Reben-reben yang hendak disimpan
Barang-barang yang diperlukan |
Cara-cara :
1. Tebuk bahagian hujung kotak kasut pada kedua-dua bahagian secara memanjang.
2. Cucuk dawai kasar merentasi bahagian dalam kotak kasut.
3. Bengkokkan bahagian pangkal hujung dawai dan lekatkan dengan pita pelekat.
4. Susun reben yang hendak disimpan di dalam kotak.
5. Anggarkan kedudukan reben antara satu sama lain, then tebuk lubang.
6. Tampal reinforcement ring pada setiap lubang yang telah ditebuk.
7. Keluarkan reben melalui lubang tersebut. Jika reben lebar, tebuk guna pisau mengikut lebar reben.
5. Anggarkan kedudukan reben antara satu sama lain, then tebuk lubang.
6. Tampal reinforcement ring pada setiap lubang yang telah ditebuk.
7. Keluarkan reben melalui lubang tersebut. Jika reben lebar, tebuk guna pisau mengikut lebar reben.
8. Bengkokkan bahagian hujung dawai dan lekatkan dengan pita pelekat.
9. Siap!
Beginilah hasilnya..
Tempat simpan reben |
Bila nak guna just tarik keluar ikut warna reben yang diperlukan.
Settled satu bab!
Selamat mencuba!
Settled satu bab!
Selamat mencuba!
Simple dan menarik.. done follow sini.. dah join GA nih? kalau belum, jemput join..
ReplyDeletehttp://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/09/september-giveaway-party-hosted-by-iola.html#more
Thank you izzeyda,
DeleteInshaAllah saya akan join GA yang izzeyda recommended.. ^_^
salam singgah
ReplyDeletewa menarik betul ^^
http://insan-kecil.blogspot.com
Memang menarik dan mudah Siti Rahmah..
DeleteAnyway, thanks for singgah.. ^_^
Wahh...kreatifnya...nak cuba ni sebab bnyak kotak kasut kat rumah Diana yang tak terpakai...
ReplyDelete