Thursday, October 16, 2014

Food review : R&H Cafe Satay Maharani, Muar

Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..
Entry ini betul-betul mencabar kesabaran.. Saya bangun seawal 5.10 pagi untuk taip entry ini sepenuh perasaan,  cerita siap at about 6.30 am, just to hit publish button tiba-tiba hang.. tak sempat save, so tak dapatlah diselamatkan.. hilang semuaa. Sedih yang amat.. Huhuhuhu

Okaylah lupakan kisah itu, sebelum ni saya ada janji untuk food review di Restoren R&H CafĂ© Satay Maharani.. kannn.. kannn.. 

Kisah bermula hari Ahad 12.10.2014 lalu, selesai segala urusan di Bandar Muar, we had our brunch at Restaurant R&H Cafe Satay Maharani. Tak sah kalau pergi Bandar Muar tak pekena mee bandung or sate okay. It a must gitu!

Lokasi restoren ni terletak berhadapan Terminal Bentayan Muar. Kalau nak tahu lokasi terminal bas ni, selepas turun dari jambatan Muar (heading to Muar town) turn left, terminal bas ni on your left. Waktu mula business pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Inilah Terminal Bentayan Muar 
Ini kali pertama saya makan di sini. Sebelum ni sekadar lalu di depan restoren ni. Restoren ni memang sentiasa penuh, so secara tak langsung persepsi kita tentu sedap giler makanan kat sini, betul tak? Selain itu, saya teruja sangat makan di sini sebab terpengaruh dengan rancangan Ekspresi Kembara TV1. On top of that, restoren ni juga kerap dikunjungi oleh orang kenamaan dan artis-artis tempatan. Jadi tak hairanlah sentiasa crowded. 

Apa yang menarik perhatian saya, selain dari bahagian dalam restoren, terdapat juga ruang makan di bahagian belakang restoren yang berkonsepkan dalam taman. So konon-konon dapatlah feeling makan dalam ambiance yang indah dan penuh ketenangan, begitulah angan-anganku.. 

Selain itu, bahagian dinding restoren ini pula dihiasi gambar tuan kedai bersama orang kenamaan dan artis-artis tempatan yang pernah berkunjung di restoren ini. 

Beginilah rupanya dekorasi dalam taman yang dikatakan.


Untuk pengetahuan, restoren ini agak unik kerana tidak menyediakan buku menu. Pesanan dibuat berpandukan nama-nama makanan yang tergantung merata-rata di atas bumbung restoren. Bukan sahaja hiasan unik tapi nama makanan pun unik dan pelik, seperti lontong champion, bahtera kasih yong tafu, tauhu lentok, roti terlajak mandi dan lain-lain lagi especially nama minuman yang tak dapat digambar dek akal.. 

Pastu sepinggan sate akan dihidangkan sejurus sahaja kita duduk. Jangan terkejut kerana harga sate hanya akan dikira berdasarkan berapa cucuk sate yang kita makan dikira dari berapa batang lidi yang tinggal, so lidi jangan buang or telan tau! Opsss! 

Ada sate ayam, sate daging dan sate perut. Sate dia memang best, sedap, lembut dan juicy. Ni dia rupa sate yang ada :


Saya order mee rebus dan air kopi tarik. Camni rupa dia..


Nah gambar up close and personal

Roti terlajak mandi
Bahtera kasih yong tofu

Roti terlajak mandi for my hubby manakala bahtera kasih yong tofu for my mom. My mother in law ordered lontong champion yang tak berapa champion sebab order sampai lambat. Semua orang dah habis makan, lontong champion baru sampai, bikin panas. Sian my mother in law langsung putus selera.

Ni pulak muka kenyang. Hehehe

Overall for me, makanan dia tak berapa best tapi ikut citarasa masing-masing jugak.. Mungkin sedap pada anda.  I can say, just biasa-biasa.

Ehhh nape tetiba ada signboard ni?


Haaaa sebab at about 5.30 pm kami bertolak balik ke Seremban. Esok kerja, meaning rutin harian berjalan seperti biasa. 

Itu sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama.
The end.

Thank you for reading.






6 comments:

  1. Replies
    1. Terus lapar tengok gambar makanan Anum.. Hehehe

      Delete
  2. oooo...camtu ghuper roti terlajak mandi.. ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe malangnya tak terlajak sedap Mrs. A..

      Delete
  3. CT penah singgah sini ^^
    makan sate pepagi sangat epic hahaha.. kebetulan cousin blaja di sma muar tu jadi angkut dia tido satu malam kat hotel ape tah tepi sungai tu.. then makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CT Humairah..
      Hotel di tepi sungai tu mungkin Riverview Hotel..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...