Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers..
Alangkah mudah sekarang zaman sains & teknologi semua info ada di hujung jari. Terpulang sahaja kepada pengguna untuk memanfaatkan kemudahan teknologi sedia ada ini..
Dulu bila sebut sahaja urusan Tabung Haji, hati mula gundah-gulana. Sebab? Cawangan Tabung Haji di kawasan tempat tinggal saya semua terletak di bandar dan susah dapat parking kereta. Oleh kerana memenuhi permintaan dan harapan orang tua, ku gagahi juga.. Itu cerita dulu okay...
Tapi sekarang tidak lagi, bila Maybank ada menawarkan transaksi Tabung Haji di cawangan Maybank dan maybank2u.
Transaksi simpanan, pindahan dan daftar haji semua boleh dibuat di Maybank. Actually tak silap saya bank perdagangan lain seperti Bank Islam dan Bank Rakyat ada menawarkan perkhidmatan yang sama, cuma memandangkan saya takde urusan perbankan dengan bank-bank tersebut, so saya kurang pasti how it goes.
Hari ini, seperti biasa saya teringat untuk transfer duit ke akaun Tabung Haji melalui maybank2u. Sebelum ni pernah buat tapi sudah terlupa daaaa.. Maklumlah urusan sebulan sekali lepas gaji. Bila teringat balik, cepat-cepat buat tutorial. Motif utama biar tak mudah lupa untuk transaksi akan datang dan ingin kongsi info ini kepada pembaca yang masih belum tahu caranya.
Okay, berikut langkah demi langkah untuk urusan Tabung Haji melalui maybank2u.
Pre-registration hendaklah dilakukan di mesin ATM untuk mengaktifkan kad Maybank dengan akaun Tabung Haji dan disusuli dengan pengaktifan di perbankan internet (online banking) melalui maybank2u sepeti berikut:-
Pre-registration hendaklah dilakukan di mesin ATM untuk mengaktifkan kad Maybank dengan akaun Tabung Haji dan disusuli dengan pengaktifan di perbankan internet (online banking) melalui maybank2u sepeti berikut:-
1. Login ke akaun maybank2u
2. Scroll ke 'Quick Link' dan pilih 'Transfer'
2. Scroll ke 'Quick Link' dan pilih 'Transfer'
3. Kemudian, select akaun Tabung Haji
4. Maka terpampanglah menu berikut, pilih ikut menu transaksi pilihan anda.
Untuk makluman, jika kita semak baki akaun Tabung Haji, caj tidak akan dikenakan tetapi caj RM1.00 akan dikenakan untuk setiap transaksi pindahan wang.
Itu sahaja yang ingin saya kongsi bersama.
Harap maklum (peringatan untuk diri sendiri juga).
Terima kasih.
THE END
senang kan
ReplyDeleteMemang senang Anum, semudah 1, 2, 3 gitu.. Hehehehe >_<
DeleteWaahhh ! boleh la menabung untuk pegi haji nnti.. hehe
DeleteBoleh Shera, umur adik pun masih muda lagi so lebih awal menabung lebih cepat nampak hasilnya nanti.. ^_^
Deletea ah tu la baru perasan yg ni.. senang sket la pasni nk transfer kan!
ReplyDeletebtw, tq for blogwalking my blog :)
Betul Wirda, tapi senang juga kita nak keluarkan..
DeleteSo apa pun kena disiplinkan diri..
By the way, terima kasih coz sudi singgah.. ^_^