Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..
Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan hari ini..
Kecewa dan menghela nafas panjang sambil beristighfar.. Hanya itu sahaja yang mampu saya ungkapkan ketika ini.. Padahal perkara itu berlaku lebih kurang jam 4.45 petang tadi... Kecewa dengan sikap sesetengah manusia yang suka put other people in trouble, lepas tu buat-buat seperti takde apa yang berlaku.. Peribahasa Melayu umpama "baling batu sembunyi tangan".. Dia dah buat masalah, orang lain jadi mangsa maki hamun. Perkataan 'maaf' langsung takde!.. Padahal dialah segala punca hingga menyusahkan orang lain. Memang kategori pentingkan diri sendiri.. Puas saya fikirkan, tak rasa bersalah ker? Hurrmmm.. tak faham, really don't understand.. Are they too stupid to understand? Entahlah.. just mumbling to myself because I'm too tired to explain..
Okay, let's go to other story.. Kisah anak bujang seorang.. Since September he begged me nak ikut lawatan tadika ke kilang coklat, kilang roti dan Pusat Sains Negara.. His mama toooooooooo worry dengan keselamatan anak bujang seorang ni so since September jugaklah his mama ni asyik berfikir nak bagi or tidak anak seorang ni sertai lawatan. Dan masa yang ditunggu pun tiba, so his mama kena terus buat keputusan, takde masa lagi nak fikir-fikir.. time's up! Now bagi ke tidak, pilih salah satu..
Dipendekkan cerita, pagi 10.10.2014, his teacher told me "Puan, kesian Arief, dia suruh teacher pujuk mama supaya benarkan dia pergi lawatan. Dia doa depan teacher, Ya Allah Ya Tuhanku, buatlah mama Arief bagi pergi lawatan. Amin.. " Aduhai anak why so touched.. sampai macam tu sekali? Hurrrmmm memanglah parent boleh ikut sekali, tapi masalahnya your mama tak suka pergi trip yang melibatkan ramai orang. Saya tak suka sesuatu yang leceh or hassle apatah lagi terikat dengan jadual orang lain.. That's the main reason.
After negotiating session, akhirnya hati his mama cair.. Maka berjayalah si anak tadi sertai lawatan.. so terbukti kata-kata "kids are the best negotiators". Tak boleh kata tidak. Mereka ada alasan tersendiri yang membuatkan kita cair dan tak sampai hati..
Lesson learned! Full stop!
Inilah rupa dia bila kita tak benarkan dia pergi |
Then, balik dari office terus ke AEON Seremban 2, beli segala bagai keperluan..
Lihatlah :
Nah rambang mata |
Inilah antara makanan yang berjaya dibeli selepas melalui proses 'saringan'.. Kalau bagi chance satu supermarket dia nak.. |
Masa yang dinantikan pun tiba..
Inilah bas yang akan membawa mereka |
Check bas tu dulu uncle untuk pastikan keselamatan terjamin.. |
Wajah riang si bujang senang hati.. |
Maka tibalah para pelawat di Kilang Coklat Beryl's di Seri Kembangan iaitu destinasi pertama..
Enjoy gambar sebab saya takde di sana so tak dapat cerita lebih-lebih..
Gambar ikhsan dari teacher Leena from Tadika Mutiara Iltizam..
Kanak-kanak riang |
Bye-bye Kilang Coklat Beryl's.. next destination they all went to Pusat Sains Negara..
After Pusat Sains Negara, they had their lunch at KFC Seri Hartamas.. Selepas itu mereka menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk solat Zohor..
Next destination Kilang Roti High 5 di Shah Alam.. Tak tahu apa cerita di sana so layan gambar..
Lebih kurang 5.30 petang mereka selamat sampai di depan tadika.. Rasa lega dan rindu dengan anak bujang seorang ni.. Thank you teachers at Tadika Mutiara Iltizam kerana menganjurkan lawatan sambil belajar ini..
Nampak muka puas hati di situ.. Doa sudah dimakbulkan.. |
Then kami terus balik kampung di Muar, Johor..
Hari Ahad, sebelum bertolak balik ke Seremban sempat menguruskan segala macam urusan bermula dari Pejabat Tanah & Galian hinggalah ke KWSP.. Maklumlah Johor kan kerja hari Ahad.. hehehehe
Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi, purposely sebab nak breakfast di luar. Kalau pergi bandar Muar tak sah kalau tak singgah R&H Cafe (Sate Maharani) pekena mee bandung, sate, lontong etc. Memang puas hati. Food review di entry akan datang.. tungguuuuuu..
Bila balik Muar, lalu di depan rumah ini..rindu. Hanya mampu memandang dari luar sebab kesuntukan masa..
My home sweet home |
InshaAllah, satu hari nanti akanku tinggal di sini juga. Buat masa ni sekadar transit bila balik Muar.. Namun tetap bersyukur sekurang-kurangnya sudah memiliki rumah sendiri.. alhamdulillah.
Okay, that's all for now..
Until then, good night peeps and thank you for reading!
No comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..