Pages - Menu

Thursday, November 20, 2014

Appraisal For Revenge kah?


Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers..
Hari ini bermulalah hari baharu tanpa meeting atau kursus. Maka hari ini, saya akan duduk di workstation menyiapkan tugas-tugas hakiki yang tertangguh dan tergendala. Mana tak tergendala, sejak 2 hari lepas terpaksa menghadiri kursus Information Security Management System (ISMS) pada hari Isnin, sehari suntuk keras kejung dalam Bilik Latihan dan semalam jadi Petugas Pelan Tindakan Khas (Emergency Response Plan) kerana catuan air diadakan di Daerah Rembau & Tampin. Kesian penduduk Rembau dan Tampin tak dapat bekalan air sebab tekanan air rendah.. Apa pun sama-sama kita berdoa semoga hujan turun dan menaikkan paras air di Empangan Gemencheh dan seluruh tadahan air di Malaysia..

Maka, pagi ni hati ini lebih berbunga-bunga sebab bos pun ada aktiviti di luar kawasan, so saya masuk office terkedek-kedek dengan mood happy... Tiba-tiba ada pulak fail pelik dalam in tray, selak dalam fail ada appraisal saya yang sudah diulas oleh En. Boss.. Baca ulasan, hurrrmmmmmm sounds fishy! Langsung tak berkaitan dengan bidang tugas, totally personal attack okay!



Perasaan berbunga-bunga cinta ala lagu Misha Omar tadi terus out! 

I'm not saying that I'm perfect.. Tapi saya pelik dan kelirulah, bila masa evaluation mesti ungkit kelemahan tapi langsung tak bagi justification tang mana kelemahan staff dalam tugas. Macam mana staff nak buat improvement? Or else boss sendiri tak tahu how to appreciate staff? Mind set diaorang tak mahu bagi markah tinggi sebab takut increment dapat tinggi.. Hey, come on lah.. Staff akan rasa demotivated tau, so akan datang janganlah harap sangat staff akan buat kerja lebih baik. Bos-bos spesis ni kena campak gi training personal development sebab ada unsur-unsur khianat dan dengki kepada staff sendiri. 

Kalau nak ulas tu biarlah genuine, tak perlu ungkit hal personal sebab appraisal tu untuk evaluate kerja-kerja yang telah dilakukan oleh staff dalam tempoh tertentu. Sepatutnya panggil staff dan discuss sama-sama.. Sekiranya ada kelemahan dalam tugasan yang diberikan, sila maklumkan kepada staff secara berhemah. Baru staff akan bertambah respect! Respect is earned, not given.


Hurrmmmmm whatever lah boss... suka hatilah..
Tapi bila bos masuk office esok, saya akan jumpa boss untuk 'bincang' apakah justifikasi kelemahan saya dalam tugas mengikut ulasan yang boss berikan.. Berbincang secara dua hala lebih baik kannnn...

Okay, itu sahaja entry kali ini.. sekadar ingin berkongsi kepada rakan-rakan blogger untuk menegakkan hak saya sendiri.. Jika tidak maka sia-sialah usaha saya komited dengan tugasan selama ini..

Thank you for reading..
Bye & take care everyone...

5 comments:

  1. hampir kesemua boss mata mereka juling kot....sama jerk peelnya...

    ReplyDelete
  2. Ada orang kat cubicle ni kata, pukul 5 hingga 5.15 tengok video sebab markah dapat 3 jer... ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah hasilnya Mrs A bila boss langsung tak appreciated staff, so staff demotivated.. cian..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..