Saturday, November 01, 2014

Info : Pernah ditipu online seller?

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers..
Hari ni cuaca pagi sungguh best, di luar masih berkabus, persekitaran pun sejuk dan nyaman, alhamdulillah..

Setiap malam sambil menonton berita jam 8.00, saya suka browse Instagram. Suka check IG online sellers yang menjual bermacam-macam jenis jualan, terasa seperti keluar masuk shopping complex. Kedai alam maya di IG memang terlalu banyak dan adakalanya rambang mata dibuatnya. Tapi entry kali ini bukan tentang kedai online tetapi tentang penipu online seller. Bila kedai online terlalu banyak seperti cendawan muncul selepas hujan, jadi banyak juga kes penipuan dari penjual yang tak beretika. 

Credit to Google for this image
Banyak kes penipuan online dilaporkan setiap hari terutamanya kepada kawan-kawan yang gemar membeli secara online. Check sini untuk artikel penipuan online. Bila pembeli jujur, peniaga pula penipu.. Bila pembeli penipu, dapat pula peniaga jujur.. Itulah risiko yang kita hadapi bila membuat pembelian secara online. Hal ini sedikit sebanyak menggugat periuk nasi peniaga online yang jujur dan genuine..

Sehingga wujud group #kamibencikakitipuonline di Instagram. Saya selalu mengikuti post-post di #kamibencikakitipuonline. Boleh dikatakan setiap masa ada sahaja kes-kes penipuan yang pelik-pelik dilaporkan. Oleh itu entri kali ini saya terpanggil untuk share info berkenaan bagaimana cara menfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), sekiranya kawan-kawan ditipu oleh peniaga online. Saya share step by step tuntutan di TTPM ini berdasarkan pengalaman saya sebagai wakil syarikat yang mengendalikan perbicaraan kes-kes tribunal bagi pihak syarikat selama lebih dari 4 tahun dan berkecimpung dalam mengendalikan tuntutan sivil di Mahkamah sehingga kini ..

Sebelum itu mana yang tidak tahu apa itu TTPM, mai chek nak khabaq.. TTPM merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Consumer Protection Act) 1999. Jumlah yang hendak dituntut di TTPM hendaklah tidak melebihi RM25,000.00

Terdapat 2 istilah utama dalam tuntutan tribunal ini iaitu :

PIHAK YANG MENUNTUT - Orang yang menfailkan tuntutan
PIHAK PENENTANG - Orang yang didakwa

Sebelum membuat tuntutan di TTPM, sila dapatkan butir-butir penipu dengan membuat carian seperti berikut:

1. Nama individu / nama syarikat
2. No. kad pengenalan / no syarikat
3. Alamat perniagaan / tempat tinggal

Oleh itu adalah sangat penting, sebelum membeli dinasihatkan supaya membeli di laman web yang boleh dipercayai or reliable website

Step by step proses tuntutan :

1.  Sila ambil Borang 1 di pejabat TTPM yang berhampiran.  Isi nama kawan-kawan sebagai PIHAK YANG MENUNTUT manakala nama si penipu sebagai PIHAK PENENTANG. Kemudian, nyatakan tuntutan kawan-kawan di bahagian PENYATA TUNTUTAN. Selepas Borang 1 lengkap diisi, sila failkan di kaunter TTPM dengan bayaran RM5.00.

2. Selepas penfailan Borang 1 (Pernyataan Tuntutan), TTPM akan mengembalikan 2 salinan yang telah dimeterai (dichop dan disahkan oleh TTPM). Salinan Borang 1 tadi hendaklah diserahkan kepada PIHAK PENENTANG melalui serahan tangan atau A.R Registered / AR. Berdaftar.

Kaedah serahan melalui A.R Berdaftar adalah perlu bagi memastikan PIHAK PENENTANG menerima Borang 1 tersebut. Kad kuning tu nanti posmen akan hantar semula kepada kita dengan tandatangan penerima sebagai bukti penerimaannya. Sekiranya melalui serahan tangan, sila pastikan penjual menandatangani salinan Borang 1 kita, suruh dia tulis nama dan no kad pengenalan.

3. Selepas PIHAK PENENTANG menerima Borang 1 tersebut, dia akan menfailkan pembelaan iaitu Borang 2 iaitu Pembelaan manakala jika terdapat Tuntutanbalas hendaklah menfailkan Borang 3 iaitu Pembelaan Kepada Tuntutan Balas. Borang 2 atau Borang 3 tu nanti akan diserahkan kepada PIHAK YANG MENUNTUT.

4. Pihak TTPM akan menetapkan tarikh pendengaran sekiranya tiada sebarang isu untuk dibalas.

5. Sila bersedia dengan Borang 1 salinan kita yang mempunyai tandatangan PIHAK PENENTANG jika diserahkan secara serahan tangan dan bawa sekali kad A.R Berdaftar yang telah dikembalikan jika dihantar melalui pos A.R Berdaftar, bersama segala dokumen-dokumen pembelian, bukti penipuan dan segala yang berkaitan. Proses pendengaran ini lebih kepada perbincangan yang akan diadili oleh Presiden TTPM dan Setiausaha.

6. Keputusan tuntutan tu nanti akan dikeluarkan melalui AWARD iaitu arahan / perintah yang dikeluarkan oleh TTPM.  Pihak-pihak yang berkenaan dikehendaki mematuhi arahan / perintah tersebut.

7. Jika PIHAK PENENTANG tidak membuat sebarang tindakan seperti yang diarahkan, PIHAK YANG MENUNTUT boleh melaksanakan (enforce) AWARD tadi di Mahkamah Tuntutan Kecil atau di Mahkamah Majistret mengikut jumlah tuntutan tersebut.

Apa akan berlaku sekiranya PIHAK PENENTANG enggan menerima Borang 1?

Terdapat 2 situasi :

1. Kemungkinan PIHAK PENENTANG tidak mahu menandatangani akuan penerimaan Borang 1. Jadi PIHAK PENUNTUT hendaklah membuat AKUJANJI TANPA SERAHAN BORANG 1. Dalam akujanji tu ceritalah proses serahan Borang 1 yang enggan diterima oleh PIHAK PENENTANG.

2. Kemungkinan PIHAK PENENTANG menerima Borang 1 tetapi tidak hadir semasa pendengaran. Jadi Presiden Tribunal akan mengeluarkan AWARD TANPA KEHADIRAN. 

Begitulah serba sedikit prosiding tuntutan di Tribunal. Sekiranya ada info tambahan, dialu-alukan untuk share juga.. 

Selain ditipu dari segi wang, kawan-kawan juga boleh menuntut sekiranya penjual online tadi memberi barang yang salah atau quality yang tak sama dengan apa yang kita beli.

Alangkah baiknya jika semua peniaga online mendaftar dengan SSM, tentu kurang masalah penipuan kannn.. Namun, atas faktor berniaga secara kecil-kecilan dan modal pun kecil so tak semua peniaga online ni mampu mendaftar di SSM. Dari sini ada pula pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Dinasihatkan, jangan terlalu teruja sekiranya sesebuah website or online seller menawarkan harga yang terlalu murah dari pasaran. Siasat dahulu latar belakang online business tersebut. Baca dahulu review dari customer sebelum ini or just google randomly nama online business or nombor handphone yang digunakan. Sekiranya pernah menipu pasti juga pernah dilaporkan di mana-mana media sosial kannn unless  anda orang pertama ditipu...

# Tips semasa urusan pembelian online dilakukan :

1. Rekod butir-butir peniaga online tersebut seperti nama IG or nama online business tersebut, no. telefon etc.

2. Screenshot / print screen segala conversation yang dibuat dan simpan selagi barang belum diterima. 

3. Jika ditipu dengan peniaga yang tidak mempunyai butir-butir lengkap, just buat laporan polis. Nyatakan nama business online tersebut, nama dan no. akaun bank yang menerima bayaran. Selepas itu, war-warkan di media sosial supaya tidak berlaku kepada orang lain.

Itu sahaja yang boleh kita buat sebab nasi sudah menjadi bubur.

Okay, ini sahaja yang terlintas di fikiran untuk saya share..
Thank you for reading..
Have a good weekend..
Tata

 

2 comments:

  1. Alhamdulillah setakat hari ini saya tak pernah menghadapi masalah sebegini. Kadang kala risau juga bila terbaca pasal penipuan online ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Hazila, anyway thanks sebab sudi singgah ^_^

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...