Saturday, November 08, 2014

It's about Friday and my foods journal


Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers..
Happy!!!! Weekend is just around the corner.. Pagi ni cuaca sungguh memahami.. Hujan selepas Subuh, sejukkk..ditambah pula off day dan breakfast pagi ni pekena fishball soup dan White Coffee panas.. oh sungguh awesome kata orang sekarang.. hehehehe

Hari ni cuaca best, mood pun best walau pun minggu ni ada misi penting untuk diselesaikan.. Misi menolong my mother in law selesaikan kes pembahagian tanah.. Fuhhh misi yang sungguh mencabar sebab kes ni dah lebih 10 tahun dan melibatkan kematian berlapis.. Camne tu?
Apa pun diharapkan misi ini berjaya..

Semalam, Jumaat (7.11.2014) terima 2 postcard dari Georgina, penpal saya di Britain dan Yuko penpal dari Jepun.. Yayy.. gembira sungguh hati ini ditambah pula postcard dari Britain gambar Prince William and Catherine.. Prince charming gitu..

HRH  Prince William The Duke of Cambridge with his bridge HRH Catherine The Duchess of Cambridge leave Westminster Abbey on their wedding day 29th April 2011
 Stamp dia juga cantik :

Bangor Pier is the second-longest pier in Wales and the ninth longest in the British Isles
Kalau nak tahu apa itu Bangor Pier boleh check di sini..

Ini pula postcard dari Tokyo, Jepun from Yuko :

Mount Fuji dan keretapi laju dii Jepun
Untuk mengetahui cerita tentang Mount Fuji boleh click di sini.
 Setem dari Jepun pun cantik :

Setem dari Jepun
Semakin bertambah lagi koleksi postcard saya.. Untuk cerita tentang koleksi postcards saya boleh click di sini.

Okay, memandangkan masih belum ada cerita best untuk dikongsi, saya nak cerita tentang makanan.. 
Masih lagi kisah Jumaat lepas, seperti sebelum ni.. kitaorang gang lunch, hari-hari biasa.. kami makan di foodcourt AEON Seremban 2 tapi bila hari Jumaat, kami akan makan di fast food restaurant untuk tukar selera. So restaurant pilihan minggu ni The Chicken Rice Shop (TCRS).. We need rice.. rice.. and rice.. masing-masing kebuluq, hujan turun.. perut kami lapaq nak makan heavy sambil gossip-gossip positive al-maklumlah lunch hour hari Jumaat, 2 jam okay..
Inilah gang lunch yang dimaksudkan :-)
  Di TCRS kami order set 3 pax dan tambah 1 lagi nasi ala-carte.. So cukuplah untuk mengisi perut kami berempat..
Jom tengok camne rupanya menu 3 pax secara up close and personal (cam tajuk filem lak..) :

Set 3 pax
Nasi, sup, sambal dan halis
Roast chicken
Banyak juga kann... Belum lagi pai tee, sayur pak choi, bean sprout, assam fish yang didatangkan bersama set tadi.. alhamdulillah kenyang!

Ini pula gambar-gambar makanan di food court dari Isnin hingga Khamis. Untuk mengelakkan jemu saya rotate setiap minggu. Kalau rasa takde perasaan nak makan heavy pada hari itu, sesekali saya beli sushi or California rolls di AEON Supermarket.. Mau tak jemu, setiap hari makan makanan yang sama, baru tengok menu dah terasa kat tekak, itu belum order lagi..huhuhu 

Ini bukan kes tak reti bersyukur tapi kes jemu dan susah buat pilihan akibat makanan banyak depan mata.. Tapi syukurlah masih diberi peluang untuk buat pilihan dari orang yang susah, belum tentu boleh dapat makan, yer tak? Iskhhhh tak baik mengeluh kannn..Syukur alhamdulillah atas rezekiMu..

Okay,  kita tengok gambar, menu apa dari Isnin hingga Khamis, baru perasan kebanyakkannya mee tapi sorry 1 gambar tak keluar, malu kot.. hehehe

Cantonese Yee Mee
Pan Mee
Mee Rojak
Opss ni gambar sesat, ni breakfast saya setiap hari..
Saya kerap makan nasi lemak for breakfast.. tapi tak gemuk jugak. Harap-harap tak dapat kolestrol, huhuhu touch wood!.Kalau skip nasi lemak saya makan biskut Munchy's or roti Gardenia..

Okay, that's all friends..
Sorry sebab entry kali ni tengok gambar makanan and as if 'terpaksa' ambil tau apa yang saya makan.. :-( 
Ni kes entry takde idea tapi gatal tangan nak menaip entry jugak..
Apa pun, happy weekend and take care!

Bye.. bye..

P/s : Next week tentu terasa 'kehilangan' Shera.. Back to normal.. sob..sob..sob
 

4 comments:

  1. Nyum2... semua sedap, utk your mil hope berjalan lancar

    ReplyDelete
  2. kita yang tengok ni je dah berasa terancam dengan gambar makanannya.. mak aih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar-sabar Izzati, tengok gambar macam takde perasaan jer.. hehehehe

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...