Pages - Menu

Wednesday, November 26, 2014

Kursus oh Kursus


Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers..
Hari ni keputusan peperiksaan UPSR diumumkan. Ibu bapa yang mempunyai anak mengambil keputusan peperiksaan pasti turut sama berdebar-debar menantikan saat ini. Kepada pelajar yang berjaya, tahniah diucapkan, kepada yang gagal jangan putus asa. Giatkan usaha untuk kejayaan akan datang.

Teringat zaman saya ambil keputusan UPSR dahulu. Tak expect apa-apa pun masa itu, just redha.. Bila terpaksa berpisah dan tak dapat tawaran melanjutkan pelajaran dengan best friend, masa tu baru rasa menyesal..Tapi too late already.. sedih. :-( Namun ianya bukan pematah semangat untuk belajar sebaliknya dijadikan ikhtibar sehinggalah kejayaan ditebus semasa SPM.

Okaylah, tinggalkan kenangan itu.. Pagi ni cuaca pun elok, berkabus dan sejuk tapi kudrat saya pula tak mengizinkan.. Badan lesu terasa letih semacam nak demam.. Mungkin sebab tak cukup rehat maklumlah asyik kursus memanjang sejak minggu lepas dan sambung dua hari berturut-turut minggu ni. Meeting pun tak sudah-sudah. Hujung minggu ada pula konsert anak.. Tak dapek den nak nolong..

Nak pi khabaq mai, Isnin dan Selasa lepas attended kursus Domestic Inquiry yang dianjurkan oleh MEF Academy selama 2 hari. So nak cerita sikit tentang Kursus DI ni. Saya memang pernah jadi panel member DI sebelum ni cuma belum master dalam bidang Industrial Relations. Kali ini kursus lebih menjurus kepada peranan Pengerusi dan Ahli Panel semasa mengendalikan Di.

Kalau dah master nanti maka akan menjadi satu bonus kepada saya. Motif? Senang sikit cari kerja lain takde lah hanya bergantung kepada kes-kes sivil jer. Sebelum ni beberapa tawaran kerja terpaksa ditolak sebab memerlukan pengetahuan mengendalikan kes IR. So sadis okay..


Untuk pengetahuan cara pengendalian DI tak sama seperti prosiding sivil atau kes jenayah di Mahkamah. DI memerlukan skill dan pengalaman bagaimana kita menjalankan siasatan dalaman untuk membuktikan kesalahan berdasarkan documentary evidence yang kita dapat. Setiap kesalahan yang dilakukan kakitangan juga berbeza-beza. Huh lebih kurang camtu lah intro DI ni..



Skop kursus seperti berikut :



Diadakan di bilik training kami :


Break sekejap, kita pekena breakfast nasi lemak untuk hari pertama manakala kuih hari kedua :



Break tengah hari makan sedap tak hengat :



Kuih minum petang :


Lepas perut kenyang, sendiri mau ingat.. mata pun mengantuk.. pastu sambung balik kursus dengan 'dihidangkan' pelbagai kes study. Sebelah petang Mock DI Session.. Kami pun berlakon menjalankan proses DI..

Sorry tiada gambar semasa proses DI dijalankan.. 

Walaupun penat memerah otak, overall kursus ini sangat bagus dan best. Terasa seperti berada di campus masa study law cam dulu-dulu. Bezanya, dulu jeling sebelah, bff ada duk sebelah tapi kali ni jeling sebelah, bosses duk sebelah so perangai kena control okay... jangan terover shadow gitu..

Last sekali nak tunjuk kasut baru. Selama ini pakai kasut hitam or dark color, kali ni mak nak melaram nakkk.. Warna maroon, berlubang-lubang macam sponge cuci pinggan & berbling-bling lagi..
Aduhai malu.. larikkkkkkk!!!!! Tak sempat say goodbye...



2 comments:

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..