Sunday, November 23, 2014

Majlis Graduasi, Anugerah Cemerlang & Konsert Tahunan

Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers..

Semalam, Sabtu (22.11.2014) adalah Majlis Graduasi, Anugerah Cemerlang dan Konsert Tahunan yang dianjurkan oleh Tadika Mutiara Iltizam di Dewan Citra Wawasan, Seremban 2.
Majlis sederhana tetapi meriah lebih-lebih lagi melihat persembahan kanak-kanak yang ceria dan mencuit hati..

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh anakku, Arief Redza.. Gigih melancarkan bacaan sejak 2 minggu yang lalu.. Alhamdulillah dia berjaya membaca doa dengan lancar sewaktu majlis..




Kemudian diikuti dengan perarakan masuk pelajar Tadika Mutiara Iltizam :

Semua pelajar berbaris menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan dan Lagu Jalur Gemilang.

Diikuti oleh ucapan Guru Besar Tadika Mutiara Iltizam, Pn. Haniza Hj. Saidoo :
 
Guru Besar Tadika Mutiara Iltizam, Pn. Haniza Binti Saidoo memberikan ucapan.
 
Selepas itu majlis penyampaian Sijil Graduasi kepada pelajar-pelajar 6 tahun (K2) :

 
Inilah pelajar tempat pertama di Tadika Mutiara Iltizam untuk tahun 2014 bernama Arief Redza.

Selepas itu majlis diteruskan dengan persembahan berikut :

Persembahan Frozen dari pelajar-pelajar K2.

Kids Dance The Gummy Bear.

Persembahan Pop Yeh Yeh yang mencuit hati.
Persembahan Lakonan yang bertajuk "Si Pengembala dan Biri-Biri".
Pertunjukan Fesyen "Si Kacak & Si Cantik".
Akhir sekali persembahan koir dari pelajar-pelajar Tadika Mutiara Iltizam yang bertajuk "Terima Kasih Cikgu" ditujukan khas kepada cikgu-cikgu mereka.

Maaf mutu gambar tidak memuaskan kerana jurufoto berada jauh sedikit dari pentas dan malu untuk ke depan mengambil gambar. So layan quality gambar seadanya yer.. huhuhuhu

Sebelum bersurai, tetamu dijamu dengan minum petang dan paling meriah kanak-kanak kerana dapat makan aiskrim free dan unlimited.
  
Lihatlah mereka keriangan & kepenatan.

 Berikut sekitar rehearsal yang diadakan selepas sekolah pada hari Jumaat lepas. 

 
  
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang mengajar di Tadika Mutiara Iltizam kerana sabar mengajar anak-anak ini hingga mereka pandai membaca dan mengira. Jasamu memang akan sentiasa dikenang. Next year Tahun 1, sekolah masih lagi belum dimuktamadkan, masih dalam proses rayuan.

Selepas majlis bersurai dalam pukul 5.00 petang, kami pun pusing-pusing satu bandar Seremban pastu balik ke rumah sebab panas terik yang amat. Sempat singgah Seremban Prima dan pekena A&W float untuk menghilangkan dahaga..

 
Pameran hartanah yang sedang berlangsung di Seremban Prima
Okay, itu sahaja entry kali ini..
Terima kasih kerana sudi singgah..
Have a good weekend..

Bye..




5 comments:

  1. Tahniah.anak dapat tempat pertama :) terimbas kenangan queenpink ketika tadika.queenpink dapat anugerah kelakuan terbaik wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Queenpink.. ^_^
      Hehehehe ada Anugerah Kelakuan Terbaik Wanita? Cayalah Queenpink, ini mesti ada ciri2 perempuan Melayu terakhir..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Selesai sudah zaman tadika mereka

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...