Saturday, November 29, 2014

Petua : Rawatan bila gegata menyerang

Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers..

Ada sesiapa pernah kena gegata tak? Saya pernah dan siapa pernah kena so tahulah macam mana rasa gatal penangan gegata ni kannn. Hari ni I jadi nurse merawat anak teruna I kena gegata sejak malam tadi. Bangun pukul 1.40 pagi, 2.30 pagi and so on setiap 1 jam tidur tak lena mengadu gatal. I pun ting tong pagi ni sebab tak cukup tidur malam tadi berjaga melayan karenah anak dan tunggu dia tidur semula to make sure dia tak menggaru takut semakin teruk merebak atau luka. Kita yang menjaga dia pun terasa gatal apalagi tuan punya badan, hurmmm cian.

Bahagian pinggang

Dari belakang teliga ke bahagian muka

Start dia kena, saya pun sibuk mengGoogle untuk cari penawar gegata. Macam-macam cara rawatan saya baca dari kaedah tradisonal hinggalah kepada rawatan moden. Semuanya complicated. Kalau boleh tak mahu gi klinik sebab gegata ni tak kronik melainkan jika berlaku sesak nafas. 

I came accross salah satu cara mudah dengan spray perfume ke tempat gegata sebab menurut artikel tersebut, kandungan alkohol dalam perfume berkesan menghilangkan gegata. Saya pun cubalah sejak malam tadi, tu sebab Arief boleh tidur sekejap-sekejap sampai pagi ni tapi cara ini hanya boleh menahan gatal dalam tempoh singkat pastu timbul tempat lain. Tak berkesan sepenuhnya untuk kes saya.

Seingat saya, masa saya kena dulu mak ada sapu kapur sireh tapi saya takde pulak simpan stok kapur sireh ni. Lepas breakfast pagi-pagi husband pi kedai beli kapur sireh. Satu bekas RM1.00 sahaja..


Camni rupa kapur sireh

Tanpa berlengah lagi, ku lumur anakku hampir seluruh badan dengan kapur sireh (dicampur sesudu besar air) sampai putih.. Maka jadilah Arief Kapoor (ejaan glamer bagi setaraf artis Bollywood.. :-). Bila ditanya, Arief kata okay, tak gatal dan tempat baru pun takde timbul. Alhamdulillah berkesan juga akhirnya (sambil menarik nafas lega).. 

Beginilah rupa Arief Kapoor

 Selepas jumpa penawar, maka pesakit dan nurse tertidur akibat kurang tidur malam tadi..
Okay, begitulah cerita perihal gegata..
Sesiapa yang kena gegata ni boleh cuba sebagai altenatif lain selain jumpa doktor..

Thank you for reading..
Have a good weekend to all..






 

4 comments:

  1. Ha...a sapu kapur sirih.. Kalau xde myk klapa dara pun ok..

    ReplyDelete
  2. Kesian Arief. Kena kat mana da???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs. A kena seluruh badan.. Now berulang lagi plus demam..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...