Sunday, November 16, 2014

Stress & Makan Sedap :-)

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers..
Alhamdulillah akhirnya dapat menempuhi minggu lepas yang penuh mencabar dengan jayanya.. 
Jadi weekend adalah masa yang sesuai to recharge energy.. masa untuk diri sendiri dan family.. Minggu depan ada lagi tugasan mencabar sedang menanti..

Baca tajuk entry : Stress & Makan Sedap, apa kaitannya? 
Hurrmmm sila teruskan membaca, anda akan tahu jawapannya...hehehehe

Sebelum tu ada berita gembira.. 
Jumaat lepas pergi Popular Bookstore, beli majalah Taman Disney Ria untuk Arief Redza. Memang rutin setiap bulan beli majalah ni.. Sambil selak-selak pages ternampak satu gambar seakan familiar.. Dalam hati "macam ku kenal gambar ini..." Oh, inilah gambar dari Instagram saya khas untuk disneytamanria.. Yeay, kami masuk majalah! Glamer sekejap! hehehehe suka..suka..suka..

"Merdeka..merdeka.. merdeka".. - itulah gambar Arief Redza ^_~

 Okay, lupakan glamer itu yang tidak membawa ke mana-mana.. Masih tentang hari Jumaat lepas, alhamdulillah rezeki di pagi Jumaat. Pssttt, ada orang belanja breakfast.. yeay!... Tapi tak sure sama ada Pn. Mahaini atau Pn. Lily belanja sebab saya ambil makanan pastu terus menguarantinkan diri di bilik meeting tanpa banyak persoalan.. So tak sempat tanya siapa gerangan insan yang bermurah hati di pagi itu.. Apa pun terima kasih diucapkan dan semoga murah rezeki sentiasa..

Kali ni, menu breakfast free antaranya, nasi goreng, ayam goreng rempah, kek dan karipap.. Jemput tengok kawan-kawan..

 

Kali ni saya tak boleh makan banyak.. Saya hanya ambil seketul ayam, sebiji karipap dan kek memandangkan saya ada masalah sakit kepala disebabkan angin bila makan nasi goreng.. Lagi satu nak cepat, lepas makan terus masuk bilik meeting, get ready untuk getting up case dan bakal menguarantinkan diri sehari suntuk.

Apabila seharian dengan cause papers, memikirkan fakta kes bagi mencari bukti dan merangka soalan saksi bagi menentukan kebenaran, ianya adalah sesuatu yang sangat stress. Satu perangai saya bila terasa sangat stress begitu, saya mula fikir tentang makanan yang sedap-sedap supaya saya boleh makan banyak-banyak.. So during lunch hour saya ke Sushi King di AEON Seremban 2..  Gang lunch pun sepakat dan setuju makan di situ.. Kami pun terjah Sushi King.. Apa kata kita tengok menu dulu :-)


Kesudahannya, saya order Salmon steak set + Soda drink with cola float seperti illustrasi di bawah :
 
Salmon Steak Set
Soda drink with cola float
  Sementara tunggu order tiba, apa kata kita we-fie dulu :

Pn. Yus & I'm LZ the Blog Owner
Tak lama selepas itu, order pun tiba..  
Tadaaaaaa... order sudah pun dihidangkan..
Ready to eat
 Nampak sedap dan menyelerakan...
Mari kita tengok apa pula order dari kawan-kawan saya :

Pn.Yus order Kinoko Soup dan Pink Guava Yakult
Pn. Jane Jenab order Wasabi Gin + Miso Soup dan Hot Honey Lemon
 Maka tercapailah hasrat saya untuk makan sedap dan makan banyak-banyak! 
Terima kasih kawan sebab sudi teman..
Lepas lunch masuk office sambung stress.. :-(

At about 3pm, cause papers ready.. Fakta kes dah siap tapi ada beberapa maklumat yang perlu disahkan berdasarkan current situation. Saya masih tak dapat imagine macam mana keadaan sebenar di site kerana selama ini hanya berpandukan statement dalam cause papers.. 

Saya putuskan untuk pergi ke site agar tidak bercanggah dengan fakta. So hasil bantuan rakan sekerja yang berjiwa kental, mereka membawa saya for site investigation gitu.. Gigihkan jugak walau hati ni risau, takut dan bermacam-macam lagi perasaan yang timbul sebab dikhabarkan kawasan tersebut merupakan kawasan setinggan yang dilindungi samseng dan dikawal oleh anjing liar.. mencabar memang betul-betul mencabar..

Untuk melindungi bahan bukti, saya tepek satu gambar sahaja. Lagi pun persekitaran sangat tidak sesuai untuk dipaparkan.. nightmare okay... Tak best pun..



Alhamdulillah akhirnya selamat pergi dan balik.. 
Memang salute dengan  2 orang brader ni sebab sangat berani. Kami masuk ke kawasan ini dengan risiko sendiri.. Selama ni saya duk office berhawa dingin, bertemakan pen dan kertas tapi bila tengok sendiri kerja mereka terpaksa meredah tempat-tempat merbahaya seperti ini demi tugas memang membuka mata saya..

 Okay ini sahaja entry kali ini..
Perut dah berkeroncong, pagi ini saya masak awal.. 
Menu asam pedas ikan kerisi dan sayur kubis. Menu breakfast pula, toast bread, sosej, telur goreng dan baked bean bersama hot white coffee.. yummy!

By the way, terima kasih kerana sudi singgah..
Take care & have a wonderful weekend everyone.. 

2 comments:

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...