Pages - Menu

Saturday, December 20, 2014

Food Review : Restoran Serai @ Paradigm Mall

Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers..
Lama saya menyepi kann.. Sebenarnya semenjak dua menjak ni serabut fikiran di samping sibuk dengan tugasan harian.. Kini saya kembali setelah sesi bertapa telah berlalu, I'm back.. I'm back..
Tibalah masanya entry yang dah lama tersimpan di draft post keluar dari pertapaan...

Al-kisah, 5.12.2014 lalu saya ada urusan di Bangsar so dalam perjalanan melalui Lebuhraya LDP dari Seremban, saya sempat singgah lunch di Restoran Serai.. Sapa pernah pergi makan di sini? Sila angkat tangan.. opsss sorry tak nampaklah.. :-)
Siapa yang pernah pergi mesti tahu menu yang dihidangkan.. kann..

Untuk pengetahuan, inilah pertama kali saya makan di sini.. Selama ini came across reviews tentang Restoran Serai ni dari beberapa blogger.. Jadi teringin juga hati ini untuk mencuba..


Selangkah menuju masuk ke restoran ini, mata terpukau dengan susun atur perabot yang agak ekslusif.. Suasana sunyi dan tak ramai orang ketika itu.. Ohh lupa, masa tu hari bekerja dan masih awal dalam pukul 11.50 pagi..  saya tak kerja, ambil cuti.. Patutlah tak ramai orang.. hehehehe

Mata melilau mencari port yang sesuai dengan pemandangan yang menarik.. Tak lama selepas itu, buku menu diberi, mata pun asyik meninjau satu-persatu menu yang disediakan..
 
Hurrmmm.. apa nak makan?.. Pilihan yang ada Nasi Kerabu, Serai Platter, Middle Eastern Medley & Nasi Ambang..
 
Selak page sebelah, Grilled Grain Fed Tenderloin, Crispy Skinned Salmon & Gourmet Lean Beef Burger.. Hurrmmmm okay let's try Serai Platter, Fish n Chip and Sirap Bandung..

Service cepat, maka terhidanglah minuman yang dipesan sebentar tadi..

 Air sirap bandung menusuk kalbu.. 
 
Lihatlah dunia..

Kita posing sat sebelum makanan tiba..
Ambil gambar buat kenangan.. hehehehe
 
 

Haaaaa ni dia..

Now, Serai Platter in the house..
 
Beginilah rupa Fish n Chip..
  
Suasana restoran ni best, mendamaikan.. Kita boleh lihat pemandangan dari cermin yang mengelilingi restoran ini.. Boleh nampak traffic flow Lebuhraya LDP yang sentiasa jam tuuuu..
Frankly speaking makanan di sini biasa-biasa sahaja..  I can say just average.. 
Ini pendapat saya, tapi lain orang lain citarasa..

Kalau ingin mencuba makanan di sini, boleh pergi ke Restoran Serai ini yang berada 
di Paradigm Mall @ Kelana Jaya.

Okay, itu sahaja buat masa ini..
Bye.. Tata
Enjoy our weekend..

No comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..