Thursday, December 25, 2014

Birthday celebration @ Kinrara Resort, Bandar Kinrara Puchong

Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..
Hari ni cuti umum sempena Hari Natal..ho..ho..ho.. Kepada yang sedang bercuti selamat bercuti diucapkan.. Alang-alang tinggal hari Jumaat hari bekerja, tentu esok ramai ambil cuti hingga hujung minggu tapi saya sebaliknya,,
Esok saya kerja, al-maklum cuti tahun dah habis.. sob..sob..sob sedih :-(

Ni hah chek nak khabaq mai tentang short vacation chek di Kinrara Resort, Bandar Kinrara Puchong pada 20.12.2014 lalu (sambil muncung mulut macam Mami Jarum.. ~ eh tak baik tau ikut perangai Mami Jarum)..

Tanggal 20.12.2014 lalu birthday my husband so saya plan sambutan kecil-kecilan dan tarikh yang sama juga perlawanan bola sepak final piala AFF antara Malayia vs Thailand di Stadium Putra Bukit Jalil.. Bagi merehatkan minda dan menjamin kelainan menyambut birthday sambil menonton piala AFF, di sinilah tempat yang sesuai..

Seperti biasa saya booking online melalui agoda.com.. Kami check in pukul 4.00 petang.. Masa check in hujan renyai-renyai.. So tak dapat berjalan ronda keliling hotel..
Apa pun jom layan gambar, biar gambar berbicara..



Suasana lobi hotel yang bersih dengan susunatur perabot yang menarik.

Bersih dan selesa
 
Tempahan hotel melalui agoda.com memang tidak pernah menghampakan. Berjalan lancar dan tiada langsung masalah setakat ini. 

So kunci bilik dah dapat moh kita check bilik dulu.. Maka kami menuju ke blok Jati..

 
"J" untuk Jati

 
Bilik hotel tersusun di bahagian kanan apabila kita keluar dari lobi hotel
 
 
Melalui jalan dalam taman, landskap yang indah dengan kehijauan pokok-pokok di sekeliling bilik hotel.. Nyaman dan sejuk..

 
Ehh..ehh.. salah rumah.. bukan rumah ni.. Ni kategori bilik Villa..

 
 Ini juga salah satu bilik hotel..
  
Blok Jati melalui kolam renang yang terdapat di bahagian tengah bilik hotel.
 
 
Saya tempah bilik Tingkat 1 so kena menaiki tangga..

 
Pemandangan belakang bilik hotel adalah jalan besar menghala ke Kinrara Golf Club

 Yeay.. dah sampai Bilik J-F004..
  
 
First, bukak pintu sebelah kiri bilik mandi dan bilik air. Sinki di bahagian luar.

Set mandian disediakan.
  
 
Susunatur katil untuk bilik penginapan jenis Superior
 
 
Bilik hotel

 
Bahagian pantry dan chiller disediakan di bahagian bawah.
 
 
Pemandangan dari balcony bilik hotel.

 
Kolam renang dewasa terletak di tengah-tengah blok hotel.

Kami breakfast di Cafe Anggerik
   
Susun atur perabot dalam cafe

 
Harga buffet tambahan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun RM12.00 manakala Dewasa RM24.00.
Bagi mereka yang menginap di hotel free breakfast untuk 2 orang.

Makanan yang disajikan boleh kata biasa-biasa.
Jadi bagi sesiapa yang inginkan short vacation setakat bawa anak pi mandi kolam dan ingin menenangkan fikiran dari hiruk pikuk kesibukan kota, bolehlah menginap di sini.


Opss lupa pulak nak update kek birthday.. Hehehehe inilah rupa kek birthday boy (ohh boy???) yang berumur 37 tahun.. Just a slice of cake shared bertiga memandangkan kami tidak berapa gemar makan kek.. Sekadar tanda sambutan hari lahir.. hehehehehe


Okay, itu sahaja entry kali ini..
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ini..
Have a good day peeps! Tata..
  

6 comments:

  1. wah, macam best pulak tempat ni. ^_^

    ReplyDelete
  2. Yaallah. Cantik nya tempat nir...

    ReplyDelete
  3. betul la kadang-kadang duduk dekat tak terfikir nak short vacay macam ni.. tq review hotel ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, hilang stress bila relax tempat2 camni.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...