Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..
Tajuk entry masih lagi "Back To School" nampak sangat tertinggal keretapi sedangkan sekolah sudah pun bermula sejak seminggu lalu..
Iskh memang busy yang amat sejak sesi persekolah bermula minggu lepas. My son tahun ni Darjah 1 so boleh dikira memang satu kejutan jugak pada saya.. Kejutan dalam menguruskan rutin harian.. Sebelum ni bolehlah bangun pukul 6 pagi sekarang 4.30 pagi kena get ready untuk masak. Seminggu sebelum sesi persekolahan bermula pun saya dah mula nervous. Apalagi bila sesi persekolahan mula dibuka. Fuh! memang suatu cabaran I tell you.. Macam-macam kena plan, jadual makanan untuk breakfast dan bekal untuk lunch, jadual transportation, jadual childcare center, persediaan kelas KAFA etc.. Mana mak tak terkejut sampai demam-demam lagi... Lately cuaca pun panas yang amat, terik sampai perit kulit dibuatnya.. dugaaaannnn kata P. Ramlee..
Apa pun, camni gambaran first day sekolah.. Saya ambil cuti purposely untuk hantar Arief ke sekolah. Saya tunggu hingga waktu pembahagian kelas dibuat. Bila pelajar mula masuk kelas, saya pun balik.. Anak okay tak nangis. Saya jer risau lebih.. ops!
Assembly |
Pembahagian kelas Darjah 1 |
Petang hari Isnin at about 1.00 pm pi ambil Arief and at the same time dok mencari van sekolah untuk dicarter. Actually saya ada buat appointment awal-awal dengan seorang pengusaha transport ni, janji tunggu depan sekolah pukul 12.20 tgh. Bila kita tunggu hampir sejam langsung ntah ke mana.. Call tak angkat.. so terpaksa cari lain.. At last dapat satu uncle ni sanggup hantar Arief ke childcare center sementara kelas KAFA belum bermula. Pukul 2.30pm pi sekolah semula untuk daftar Kelas KAFA. Cikgu bagitau kelas KAFA start hari Khamis minggu yang sama. Alhamdulillah settled semua. Overall dipermudahkan. Lepas selesai segala urusan persekolahan, balik rumah tinjau pokok bunga.. Cuaca panas terik, habis bunga layu sebab tak cukup air..
Sambil
siram bunga, sambil ambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.. Hati berbunga-bunga juga sebab happy,
urusan yang serabut di kepala sejak dua minggu lepas sudah selesai juga akhirnya... la la la la..
legaaaaaaa.....
Syukur, alhamdulillah...
Okay, that's all for now..
Thanks for reading..
Have a good day peeps!
No comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..