Pages - Menu

Thursday, January 01, 2015

Misi Bantuan Banjir ke Pantai Timur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers..
Selamat Tahun Baru 2015 diucapkan kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog Whatever Apa-Apa Sahaja.. Sambutan Tahun Baru 2015 disambut secara sederhana bagi mengingati dan bersimpati dengan mangsa banjir dan tragedi hitam yang melanda negara pada Tahun 2014.

Alhamdulillah, hujan sekarang sudah agak reda tapi menurut ramalan kajian cuaca berkemungkinan akan ada gelombang kedua. Sebagai persediaan, mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur perlu bersiap sedia untuk menhadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Tak dapat dibayangkan dan diluahkan dengan kata-kata bagaimana mereka perlu meneruskan hidup sehelai sepinggang akibat banjir yang melanda. Alhamdulillah, orang ramai juga tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada mereka bagi sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir ini.  

Tidak ketinggalan, syarikat tempat saya bekerja turut serta menganjurkan Misi Bantuan Banjir ke Pantai Timur. Hasil sumbangan diperolehi dari kakitangan yang berupa pakaian dan barang-barang keperluan. Pakaian yang akan dihantar perlu diasingkan mengikut kategori iaitu jantina dan saiz manakala sumbangan yang diterima dalam bentuk wang ringgit dibelanjakan dengan membeli barang-barang keperluan harian seperti toiletries, makanan dan peralatan lain.

Semalam, gotong-royong sesama kakitangan dilakukan dengan jayanya..
Pakaian yang diterima diasingkan mengikut saiz dan jantina.



Bungkusan pakaian yang diterima hasil sumbangan kakitangan.


Proses pengasingan pakaian sedang dilakukan.


 Pakaian diasingkan dan dipek mengikut saiz dan jantina.


Pakaian yang telah dipek dimasukkan ke dalam kotak secara berasingan.
 
  

 
Alhamdulillah telah siap semuanya. Pakaian dan barang-barang telah selesai dibungkus siap untuk diagihkan. Selain itu, pengagihan air minuman dan air terawat juga turut disumbangkan kepada mangsa banjir.

Hari ini, 1.1.2015 konvoi yang menjalankan misi bantuan telah dilepaskan. Majlis diadakan secara sederhana di hadapan bangunan Ibupejabat.


Hanya ini sahaja sumbangan yang mampu kami berikan. Namun doa kami tidak pernah putus untuk kalian. Semoga mereka sabar dan tabah dengan ujian dan dugaan ini.

Kepada konvoi Misi Bantuan Banjir SAINS, didoakan semoga misi ini berjaya dan mereka selamat pergi dan kembali.   

5 comments:

  1. syukur alhamdulillah...semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  2. Syabas blog owner dan semua yang membantu you all memang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Mrs. A.. Hanya itu saja yang termampu.. :-)

      Delete
  3. alhamdulillah..sama2 la kita membantu.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..