Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers.
Hopefully semua sihat dan dipermudahkan segala urusan..
Minggu lepas saya balik kampung. Seperti biasa bila sampai di kampung pasti akan ada sesi jalan-jalan cari makan bersama Mak dan Ibu Mertuaku serta my nieces.
Sesekali balik kampung seronok bawa mereka jalan-jalan dan makan-makan.
Kali ini saya bawa mereka makan ikan bakar dan seafood di Umbai, Melaka. Kedai yang menjadi pilihan sudah pasti Ikan Bakar Parameswara. Saya setia makan di kedai ni sebab saya tak berani cuba tempat lain takut tak sedap dan tak memenuhi citarasa, unless recommended by someone.
Itu perangai saya.. :-)
Kami tiba lebih kurang pukul 4.30 petang.. Sampai jer terus cari meja mengikut lokasi strategik cari pemandangan yang best. Ini dia pemandangan yang dicari.. sambil makan tengok pemandangan air pasang, tapi jangan sampai leka nanti tak sedar tertelan tulang ikan lak.. hehehehe
Meja 52 & 53 telah ready untuk 8 orang |
Pemandangan sebelah tempat makan |
Lepas dapat tempat duduk, saya tinggalkan mereka menikmati pemandangan selut, paya bakau dan air laut yang sedang pasang.. pastu saya dan husband pi tengok apa menu untuk dipesan. Kami pun beratur di bahagian seafood. Ikan, udang, sotong, kerang etc. semua ada.. saiz dia besar-besar dan fresh belaka. Tapi tak dapat ambil gambar masa tu gara-gara teruja sangat sampai terlupa nak ambil gambar.. hehehe.
Saya pesan sotong goreng tepung, udang goreng butter, asparagus goreng belacan, kerang rebus.. Sebagai starter dan sambil menunggu lauk masak, ada buah-buahan potong disediakan...
Okay jom layan gambar..
Buah-buahan dan sambal pencicah |
Sambal pencicah ikan bakar up close & personal :-) |
Kerang rebus - RM7.00 |
Udang goreng butter 6 ekor saiz XL - RM38.00 |
Sotong goreng tepung 2 ekor saiz XL - RM23.40. Ni tinggal sikit dah makan separuh baru snap gambar >_< |
Ikan kerapu bakar sambal - RM26.40 |
Takde dalam gambar : Nasi Putih (8 orang makan) - RM7.00, asparagus goreng belacan - RM9.00, Minuman (air tembikai 1 jug & jus epal segelas) - RM14.50
Kanak-kanak khusyuk makan langsung tak toleh kiri kanan.. |
Total bill - RM129.30 untuk 8 orang (4 orang dewasa & 4 orang kanak-kanak) |
Tak tahu mahal atau murah. Tapi for me reasonable price compare to one of the restaurant di PD. Kami ambil ngam-ngam dan semua habis licin takde unsur-unsur pembaziran. Masing-masing kenyang dan tak tau nak order apa lagi lepas tu.. just nice.. alhamdulillah.
Lepas makan, on the way ke kawasan parking kereta, kami singgah di kedai-kedai tepi jalan yang kebanyakkannya menjual hasil kraftangan dan makanan traditional Melaka. Saya beli belacan bakar, cencaluk, gula Melaka dan makanan ringan sebagai buah tangan..
Begitulah cerita di Melaka..
Alhamdulillah sepanjang perjalanan dipermudahkan, takde tempuh jam or sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Semua berjalan lancar mengikut perancangan.
Itu sahaja..
Thank you for reading & have a wonderful weekend everyone ^_~
Thank you for reading & have a wonderful weekend everyone ^_~
Assalam LZ,
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
butter prawn
sob3
W'salam ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH,
DeleteButter prawn my all time fav too..
Cubalah..
P/s : Sorry overlooked komen ni.. :-(