Sunday, May 17, 2015

Food Review : Gerai No. 10

Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers... ^_^

Semalam balik kampung di Muar, Johor.. Sampai di bandar Muar hampir waktu lunch. Perut berkeroncong, lapar..

Bila sampai Muar, memang tak lengkap kalau tak pekena mee bandung dan kalau pergi ke Muar tempat best untuk makan mee bandung adalah di gerai-gerai yang terletak di Tanjung Emas, Muar. Tempat ni boleh dikatakan one of the famous place for the best mee bandung and asam pedas as well. 

Pilihan kami Gerai No. 10..

Di sini :


Pernah diterjah rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.. 
Pelanggan pun agak ramai.

Mari kita tengok apa menu kami order :

Mee bandung untuk saya ^_~

My husband makan nasi berlauk ikan masak asam pedas. 

Ulam-ulaman & telur masin

Sepotong ekor ikan masak asam pedas


Oleh kerana lapaq kebuluq, saya order lagi sepinggan asam pedas ikan selar untuk diratah :

Asam pedas ikan selar

Total : RM14.80 untuk set di atas termasuk air teh ais & Milo ais - tiada GST!

Recommended to others. Tapi terpulang kepada citarasa masing-masing.

Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. Hehehe

Lepas makan ronda Tanjung Emas..

Orang Muar panggil bunga ni Hibiscus ;-)

Kepala keretapi lama 

Begitulah hujung minggu saya.
Thanks for reading..

Oh ya, sebelum menutup entry, izinkan saya buat iklan sebentar..

v
v
v

Kepada sesiapa yang ingin mencuba paste asam pedas homemade original dari Muar boleh roger-roger saya. Bukan saya buat tapi sekadar membantu rakan memasarkan produknya.. 

Sebotol : RM18.00
Poslaju : RM8.00 (SM) / RM10.00 (SS)

Solution untuk penggemar asam pedas or wanita bekerjaya. Tak yah susah-susah bersilat di dapur untuk sediakan segala macam bahan. 
Dijamin mudah, cepat dan sedap.

Itu saja penutup entry kali ini.. ^_~
Terima Kasih..
Bye.. bye..

2 comments:

  1. memang popular kedai no 10 ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. namy yul, kedai ni pernah masuk tv sbb tu popular..hehehe

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...