Tuesday, June 30, 2015

Berhati-hati menggunakan social network

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers.

Tahukah anda dalam kita leka  memuatnaik gambar di Instagram, mengisi maklumat di borang peraduan sekadar mencuba nasib untuk memenangi sekaki payung, menghantar salinan kad pengenalan kepada agent melalui whatsapp dan sebagainya sebenarnya ada yang 'memerhati'. Ada yang mengimbas maklumat kita..


Tahukah anda mengapa applikasi seperti Facebook, Instagram, Twiter dan Whatsapp digunakan free sedangkan modal membuat perisian tersebut sangat tinggi?  Tentu ada udang sebalik mee maggi kann..

Paling mudah mengisi borang kad keahlian.. Ada terma dan syarat-syarat keahlian.. Adakah anda membacanya sebelum menurunkan tandatangan? Paling haru camne nak baca sebab tulisan terms and conditions kecil sangat kannn.. Kita terus click / tanda right.. Semudah itu sedangkan ada di antara syarat-syarat tersebut menyatakan mereka berhak untuk menggunakan maklumat kita. Apa tujuannya?

Jawapannya sudah tentu untuk menjual maklumat peribadi members / subscribers yang menggunakan keahlian / perisian tersebut.. Mengapa maklumat peribadi kita dijual? Jawapannya sudah tentu untuk marketing purposes. Tentu anda pernah mendapat phone calls or emails yang menawarkan insurans, promote produk dan ada juga yang menipu. Bayangkan hanya dengan nombor kad pengenalan semua data peribadi kita boleh diakses oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Baru-baru ini terdapat artikel mengenai foto anak selebriti Malaysia dan orang awam diletakkan dalam satu web lucah yang berpengkalan di US. Bukan itu sahaja, kes Sony Pictures digodam dan diugut juga pernah tersebar satu masa dulu. Cuba Google untuk berita lanjut.

Ini baru foto apa jadi jika ada maklumat lain lebih penting yang digodam atau dimanipulasi sehingga kita terjebak dengan jenayah atau ugutan yang melibatkan ahli keluarga kita. Siapa tahu? Dalam hal ini untuk membuktikan kita tak bersalah bukanlah sesuatu yang mudah. Syarikat besar pun pernah mengalaminya, apa lagi kita individu.


Saya ni bukan arif untuk bercerita tentang teknologi merentas sempadan, tapi sekadar berkongsi ilmu sekadar yang tahu.


Walaupun kita ada SKMM dan dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi namun hackers ini sentiasa mencari peluang, silap haribulan mereka lebih pakar dari pegawai yang digaji kerajaan.


Apa pun sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.. Jangan dok ralit sangat mengupdate itu ini, siap tag lokasi sampai orang luar boleh baca segala aktiviti harian kita dan secara tak sengaja mendedahkan diri kita kepada ancaman siber. Saya pun pernah tag lokasi di FB tapi selepas saya beredar dari lokasi tersebut lahh.. Pastikan GPS phone anda off untuk mengelakkan kita dijejaki.

Paling penting kenalpasti dulu sejauh mana kepentingan data peribadi tersebut kepada kita. Fikirkan implikasi yang timbul sekiranya maklumat tersebut disebarkan. Tulisan saya ini mungkin terlalu general, untuk mendapatkan maklumat terperinci sila buat research.

Sekian pesanan khidmat masyarat dari saya.. Thank you for reading..
Tata..

1 comment:

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...