Pages - Menu

Monday, June 01, 2015

Tips Kewangan : Mengawal perbelanjaan


Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers.. Semoga segala urusan berjalan lancar seperti dirancang. Jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan..

Entry kali ini saya terpanggil untuk share budget system yang telah lama saya praktikkan dan membantu saya menguruskan perbelanjaan. Saya share ni  bukan sebab saya arif tentang hal-ehwal kewangan, tapi sekiranya dikongsi mungkin dapat memberi ilham kepada pembaca how to control our expenses effectively... Al-maklum sajalah kos sara hidup tinggi. Masuk bulan Jun harga minyak petrol pula naik. Jadi kenalah berbelanja secara berhemah dan rancang perbelanjaan kita. 
Tak gitu??? hihihihi

Al-kisah, kesedaran untuk membuat budget ni timbul lepas terasa sengkek bila tengah bulan. Duit terasa mengalir macam air, income pula tak berapa masyukk. Mana tak jadi gitu kalau nafsu berbelanja tak dikawal gaya baru lepas menang anugerah berjuta-juta.. hurmmm. Sebelum terlambat, saya pun pulang ke pangkal jalan, kata omputih get back on the right track. Maka timbullah kesedaran untuk mengawal perbelanjaan.

Apa yang saya buat ialah saya akan merekodkan setiap butir perbelanjaan on weekly basis ke dalam my life planner berdasarkan resit pembelian. Kalau takde resit cepat-cepat rekod kat kertas supaya tak lupa. So resit perlu disimpan.

Inilah my life planner

Kemudian, saya sediakan 4 envelopes dengan label ketegori perbelanjaan. 

4 sampul surat untuk merekodkan perbelanjaan mengikut kategori iaitu Restaurant / Dining, Grocery shopping, Bookstore / Stationeries & MISC.

Senarai perbelanjaan akan direkodkan mengikut kategori di bahagian belakang sampul surat.

Setiap resit perbelanjaan perlu disimpan ke dalam setiap envelope setelah direkod.



Pada setiap hujung bulan, saya akan kira semua perbelanjaan mengikut kategori dan rekod ke dalam penyata perbelanjaan seperti format di bawah:


Setelah complete rekod perbelanjaan selama sebulan, saya dapat kenalpasti ke mana duit saya dibelanjakan. Adakah terlebih belanja di restaurant? Groceries shopping? Bookstore / stationeries? Atau miscellaneous yang merangkumi petrol, prepaid etc.

Oleh itu, untuk bulan berikutnya saya perlulah kurangkan perbelanjaan yang telah terlebih belanja. Kalau perbelanjaan tidak dikawal maka akan sengkek di tengah bulan. Duit belanja yang husband bagi saya allocate to saving.. Begitulah cerita dia... ^_^

Okay itu sahaja..
Thank you for reading..


4 comments:

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..