Saturday, August 22, 2015

My gardening mood is back.. ^_^

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup dan dapat menghirup udara pagi yang nyaman..

Happy weekend everyone..
Selamat hujung minggu..


Apa plan hari ni? Cuba tengok makcik atas ni baru balik dari florist.. hehehe

Plan saya hari ni pun ada kaitan dengan bunga-bungaan juga.. Saya bercadang untuk restructure pokok-pokok bunga yang tak berapa sihat.. Tambah tanah, tukar pasu dan bubuh baja. Bab bubuh baja ni ada fobia sikit.. Harap-harap kali ni berhasil, in shaa Allah..

Semalam pi beli pokok bunga rose baharu di Garden AEON.. Apa? Rose lagi? Hurrrmmm kalau jiwa tu memang suka rose tetap pilih rose. Tak serik-serik walau pun dah beberapa kali pokok tu mati.. Penjual pokok kat situ pun memang dah kenal saya. Bila saya datang:

Penjual Cina : Aloo Moi macam mana pokok?
Saya : Pokok semua mati laa.. Silap letak baja..
Penjual Cina : Mali-mali angkat pokok baharu..
(Wah pandai marketing strategy dia..)
Saya : Memang mau cari pokok baharu tapi you mesti bagi diskaun laa.. Baru saya beli..
Penjual Cina : Okay, you pilih saja nanti saya bagi mulah-mulah.. 

Hahaha best-best.. Inilah kelebihan jadi regular customer dapat harga special, alhamdulillah rezeki..

Selain pokok rose saya beli pokok mint dan kesum sebagai tambahan kepada koleksi pokok herba alang-alang dapat diskaun. :-)

Jom layan gambar..


Pokok-pokok pun layu sebab letak lama dalam booth kereta.. Wap panas dalam plastik so kurang udara.. cian. 

Pokok mint

Pokok kesum


Pokok rose kampung boleh letak tempat panas.


Pokok rose manja, more to indoor plant memerlukan cahaya matahari yang suam-suam..



Roses kuning ni sama dengan spesis pink atas, rose manja..



Spesis pokok manja-manja dan tak boleh kena panas terik saya letak dalam rumah, memudahkan pemantauan saya.. Itu sahaja gambar yang ada..
Beginilah cara saya mengeluarkan peluh di pagi hari pada hujung minggu. 

Sekian sahaja..
Semoga apa sahaja perancangan yang ingin dilakukan, saya doakan agar ianya berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Amin.

Thanks for reading..
Wsalam..

2 comments:

  1. selamat berhujung minggu..banyaknya ros pilihan..selamat berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berhujung minggu jugak Kak Paridah.. Terima kasih Kak.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...