Pages - Menu

Monday, August 24, 2015

Jejak Merdeka di Muzium Tentera Port Dickson

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to all readers, rakan-rakan blogger yang sudi ziarah untuk mengeratkan ukhwah.. Terima kasih diucapkan..

Cerita tentang Sabtu (22.8.2015) lalu, plan yang dirancang tak menjadi gara-gara salah info.. Kalau diikutkan hari itu ada sekolah ganti tapi dibatalkan, alhamdulillah.. Then berjanji dengan seseorang sejak minggu lepas so I take it as a priority.. Kakak ipar ajak picnic di Port Dickson dan birthday party invitation pun sudah ku tolak.. Kita dok standby kat rumah tapi last minute diberitahu plan cancel, berhuhuhu lah kami sekeluarga. Plan ikut orang camnilah, sabar jer.

Bagi mengubat hati terkilan, kami sekeluarga pun plan ke Muzium Tentera Darat di Port Dickson.. So ke Muziumlah kita..








MUZIUM TENTERA DARAT
Location : Kem Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Opening hours : 9.30 am - 6.00 pm
Admission : FREE

Kepada mereka yang sudah berkunjung ke sini anggaplah entri saya ini sebagai ulang siar.. Kepada mereka yang belum pernah sampai di sini, saya kongsi pengalaman saya berkunjung di muzium ini.. Manalah tahu berpeluang ke sini untuk pergi dan lihat sendiri.. Satu pengalaman yang menarik dan berbaloi, bagus untuk anak-anak belajar dan tahu tentang sejarah, semoga mereka bersyukur dengan keamanan yang mereka kecapi hari ini..





Kapal terbang tergantung menjadi daya tarikan apabila kita lalu di hadapan Muzium Tentera Darat ini.

Jom layan gambar.. Apa yang menarik di sini :




 






Apabila kita menaiki tangga ke Muzium, meriam ini merupakan benda pertama yang kita lihat.. Diikuti keretapi dan aset-aset ketenteraan lain yang digunakan semasa perang sebelum kemerdekaan..








 Inilah dia tukang tarik kepala keretapi hingga ke Alor Gajah, macam kuat gaya jer lebih, hehehe


 

 
 



Pameran kereta-kereta kebal membuat kanak-kanak dan mak budak turut teruja.. Maklumlah mana pernah tengok aset ketenteraan secara dekat camni. Kalau anak tentera mungkin dah biasa kot..

 

 



 



 



Sedang asyik memerhati persekitaran, tiba-tiba dengar suara orang berkawat.. Rupanya tentera-tentera muda sedang berkawat dengan memakai baju melayu siap bersampin.. Teruja dengan semangat mereka.. Pada waktu itu pukul 4.30 petang dan matahari sangat terik.. Peluh menitis-nitis itu perkara biasa pada mereka.. Bukan senang bila berada dalam kem tentera.. Hanya mereka yang bersemangat waja sahaja layak berada di situ..



Oleh kerana cuaca terik, kami pun masuk ke dalam galeri yang berhawa dingin.. Kita tengok apa yang ada dalam galeri..

 

Jangan tembak saya, saya tak bersalah.. huhuhu gimik lebih anak bujang sorang ni..
Replika ini terletak di pintu masuk galeri..

 

 




Terdapat auditorium kecil yang menayangkan cerita-cerita sebelum merdeka tapi buat masa ini dalam proses selengara.. Gambar-gambar berikut dipamerkan dalam galeri ini.
 
 

 

  

 Berikut merupakan ukiran kayu dipamerkan sekitar bangunan yang mempunyai maksud tersendiri..

 
 

 
 


 Lepas menghabiskan masa pusing dari galeri ke satu galeri (itu pun tak habis pusing) maka sampai ke galeri era pra-kemerdekaan yang menyentuh perasaan.. Perasaan sayu mengenangkan betapa sukarnya orang terdahulu zaman nenek moyang kita menentang penjajah..


 

Basikal ni nampak antik, sebenarnya inilah pengangkutan utama pada zaman era sebelum merdeka..

 

Baru saja melangkah masuk dah jumpa bom.. Zaman itu mereka dah biasa jumpa bom jenis ini.. 

 Ini pula uniform yang pernah digunakan suatu masa dahulu.


 

 


 


 


  
Bendera Union Jack pertama dikibarkan di Tanah Melayu.

Okay sekarang kita pergi ke galeri era penaklukan Jepun di Tanah Melayu..

 
 

"Gambar di atas menunjukkan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Beliau merupakan Ketua Tentera Ke-25 Jepun yang mengetuai serangan Jepun ke Tanah Melayu. Beliau juga dikenali sebagai Harimau Malaya. Beliau hanyamempunyai 67,000 orang tentera sahaja tetapi telah dapat mengalahkan Tentera British yang berkekuatan 120,000 orang tentera."




 

 

 

Berikut gambar kapal terbang Jepun yang terhempas di Gambang, Kuantan, Pahang.



Enjin kapal terbang tentera Jepun





 


Lepas kekalahan Jepun, kita pergi ke zaman Parti Komunis Malaya (PKM)..




Untuk pengalaman lebih real lagi, jom saya bawa masuk terowong bawah tanah PKM yang berukuran 142 meter. Intro tentang terowong bawah tanah PKM seperti berikut:


Ini merupakan pintu masuk terowong bawah tanah tersebut.



Sebelum masuk agak scary jugak, teringat masuk rumah hantu kat funfair yang gelap gelita sampai terasa semacam buta.. Tapi semangat nak tahu punya pasal saya redah juga.. Lagi pun husband ada kat belakang.. Jom ikut saya..





Mamat PKM ni jaga pintu masuk terowong bawah tanah.. Don't worry dia dah tak bersenjata..


Pengawal PKM yang sedang berehat,


Barang rampasan perang


Buku bacaan dan rujukan PKM


Peralatan memasak


Bilik bedah


Tempat tidur pengawal..


Bilik gerakan PKM


Maka sampai di pintu keluar.. Fuhhh lega, selamat!
Camtulah kalau masuk terowong dalam perasaan takut-takut berani... huhuhu

Sampai sahaja pintu keluar, kita akan nampak kapal terbang tergantung ni..


Dataran luar Muzium menempatkan pesawat-pesawat perang.


 

 

 


Ni pula gambar era kemerdekaan, best sikit sebab akhirnya negara kita bebas dari penjajah.









Surat kekalahan Jepun turut dipamerkan.


Saya juga ingin berkongsi mengenai kapal terbang peninjau Tentera Udara Diraja British (RAF) yang jenis Dakota C MK IV KN 630 yang berpengkalan di Changi, Singapura dan membawa 12 orang krew dan penumpang telah terhempas pada 25.8.1950 yang dijumpai di Hutan Rizab Baloh, Bertam, Gua Musang berhampiran Banjaran Titiwangsa. Kisah Kapal Terbang Dakota boleh click di sini.

http://9w2nox.blogspot.com/2012/12/penemuan-kapal-terbang-dakota-di-gua.html
Cerita tentang kapal terbang Dakota dari blog 9w2nox

Inilah rupa kapal terbang Dakota yang telah 'dipulihkan'.. 




Begitulah serba-sedikit lawatan saya dan keluarga di Muzium Tentera Darat Port Dickson, semata-mata untuk mengimbas kembali sejarah kemerdekaan.. Masa belajar dulu hafal dari buku semata-mata untuk lulus periksa so takde feeling apa-apa.. Bila nampak gambaran sebenar di sini barulah faham perit jerih orang dahulu terutamanya askar Melayu menentang penjajah.. 

Begini digambarkan dari sebuah karya seni dengan slogan 'Biar putih tulang'..




 Bagi mengingati jasa pahlawan yang gugur, terpahat nama-nama mereka - Al-fatihah..



Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman & dirahmatiNya..

Sebelum pulang, ternampak kapal terbang yang sedang berlegar-legar di udara dan kapal terbang yang sudah bersara tapi sangat berjasa..

 
  
Sekian, perkongsian saya kali ini..
Thanks for reading, have a nice day everyone!
Wasalam..

 

2 comments:

  1. tak pernah jejak kaki ke pd lg.. seronok la berjalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu hari nanti, in shaa Allah Zizie Zack akan sampai juga.. Datanglah sini, best tau.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..