Pages - Menu

Monday, September 21, 2015

Makan @ King's Char Kuey Teow, Port Dickson

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers.. Happy Monday.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Alhamdulillah rezeki pagi ini, birthday girl belanja nasi hujan panas.. Semoga birthday girl diluaskan pintu rezeki dan dilanjutkan usia..

Okay, al kisah entry makan di King's Char Kuey Teow ni sudah lama tertangguh.. Kami makan di sini selepas lawatan ke Muzium Tentera Darat. Jadi kesempatan ini ku ambil untuk up entry ini. Nama kedai King's Char Kuey Teow, terletak di sebelah kiri Jalan Pantai, Port Dickson menghala ke Teluk Kemang. Kedai ni pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3. Konsep kedai open air..


 Antara menu yang terdapat di sini western foods seperti lamb chop, chicken chop dan set ikan bakar serta nasi. Minuman pula juice, coffee dan minuman biasa-biasa.

Makanan pilihan hati saya order lamb chop dan set cencaru bakar.


Lamb chop


Set cencaru bakar


Nasi putih

Minuman pula air laici dan jus tembikai. Jus tembikai takde sini, anak dah rembat bagi habis.


Konsep makanan lebih kepada makanan santai sambil menikmati tiupan angin laut. Kedai ni beroperasi dari jam 5 petang hingga 2 pagi.. 

Sementara menunggu makanan dihidangkan, pelanggan akan diberikan sebekas otak-otak.


Tengok ni penggemar otak-otak, khusyuk dia makan..


Pada pendapat saya, menu yang ditawarkan agak kurang variety. Rasa biasa-biasa.. Persekitaran kedai okay, selesa.. Sesiapa ingin cuba boleh singgah sini tetapi jangan expect makanan restaurant tau.. Memang nan hado..

Itu sahaja perkongsian saya hari ini.
Thank you for reading & have a good day!
Wasalam..





12 comments:

  1. salam singgah dari cikilamenari dari GA kisahpondokkecil :)

    ReplyDelete
  2. berbaloi tak dengan kadar harga yg diroang letak untuk setiap makanan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan rasa memang kurang berbaloi, tapi dari segi kuantiti @ portion makanan berbaloi sebab besar dan banyak.. ;-)

      Delete
  3. sedapnya menjamu selera dgn menu yg bnyk pilihan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Paridah, dapat tukar-tukar selera.. :-)

      Delete
  4. Alhamdulillah..bila dah singgah dan cuba dah tahu..serba sedikit boleh kongsikan..terima kasih kak.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih PC.. Sharing is caring kannn.. :-)

      Delete
  5. semua nampak begitu menyelerakan.. yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Expecially bila perut lapar yang amat kann Mummy Julia.. ;-)

      Delete
  6. erm..nyummmyyy..berselera bila nampak makan sedap2 cam tu...

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..