Lama tak buat entry makan-makan.. Kali ni saya nak buat review Restoren Downtown KLIA Seafoods yang terletak di KLIA.
Al-kisah last week lepas balik dari pameran KUD di Putrajaya hari lewat petang. Semasa leka di tapak pameran KUD terlepas lunch, lepas tu on the way balik masing-masing kebuluq perut lapaq minta nasi. Saya teringat area KLIA ada satu restaurant famous, pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Maka dari Putrajaya kami menuju ke Sepang dalam keadaan hujan yang sangat lebat.
Maka sampai lah di Restoran Downtown KLIA Seafoods, Chinese Muslim Cuisine. Restoren ni Halal dimiliki oleh Prof. Dr. Abu Talib Othman.
Masa kami sampai orang tak ramai, banyak lagi meja kosong. Déco dalam restoren ni memang macam restoren Cina, beralas meja merah, meja makan bulat dan tersusun. Korang imagine sendiri camne sebab gambar lupa nak ambil. Sempat ambil gambar signboard ni jer hah.. Kalau nak tengok sangat rupa dalam restoren just Google, ramai orang dah review restoren ni..
Ada smoking area dan ruang makan berhawa dingin. Free WiFi pun ada.
Masa kami sampai orang tak ramai, banyak lagi meja kosong. Déco dalam restoren ni memang macam restoren Cina, beralas meja merah, meja makan bulat dan tersusun. Korang imagine sendiri camne sebab gambar lupa nak ambil. Sempat ambil gambar signboard ni jer hah.. Kalau nak tengok sangat rupa dalam restoren just Google, ramai orang dah review restoren ni..
Ada smoking area dan ruang makan berhawa dingin. Free WiFi pun ada.
Ketika kami sampai hujan lebat yang amat, gambar ni diambil dari dalam kereta masa tunggu hujan reda.
Nasi putih yang menjadi idaman kalbu ketika itu.
Ni signature dish diaorang, Assam Steam Siakap but I prefer Siakap Steam biasa. Mungkin tak kena citarasa sebab ada tom yam seafood yang masam.
Beginilah rupa tom yam seafood. Seafoods dalam tom yam ni fresh, banyak dan besar-besar belaka. Puas hati..
Menu tak pernah miss bila makan di Chinese Muslim Restaurant or seafood restaurant, Butter Prawns. Butter Prawns kat sini masin sikit compare to Restaurant Mohd Chan Abdullah ada rasa manis dan pedas sebab letak cili api potong.
Ni pula my favorite, broccoli with mushroom. Saya boleh habiskan sepinggan ni sorang.. hehehe
For me sayur kailan ikan masin memang mesti ada bila order tom yam soup. Nama sayur ni dalam menu Kailan Oyster Sos.
Lastly, telur dadar.. Saiz telur dadar ni besar dan tebal sebab banyak sayur campur dan bawang dalam tu. Sedap boleh ratah camtu jer..
Begini rupa semua hidangan yang dipesan bila disusun atas meja.. Air minuman pula kami order ikut citarasa masing-masing.
Bila lapar dalam keadaan hujan lebat makanan sedap terhidang depan mata apalagi tak tinggu lama licin semua.. :-)
Alhamdulillah tak membazir, just nice.
Overall okaylah.. Service cepat, makanan sedap, seafood dan sayur semua fresh. Harga seafoods bergantung kepada saiz dan harga pasaran. Semua ada dinyatakan dalam menu.
Kepada yang berminat untuk rasa makanan di sini, lokasi restoren seperti berikut:
Downtown KLIA Seafood Restaurant
Landmark : dekat roundabout Concorde KLIA
No. B 40 - B 48, Jalan KLIA 1/60, Charterfield Commercial Center, 64000 KLIA
Tel : 03-87831031
Faks : 03-87831032
Waktu operasi:
Isnin hingga Sabtu dari 10.00 pagi - 10.00 malam.
downtown klia ni dekat dengan umah saya.. hihi.. paling saya suka udang goreng butter dia.. marveelous!
ReplyDeleteTips asingkan tempat tidur anak
Oh yer lia ummiirfan, ni baru first time saya makan sini. Mmg betul, butter prawns dia mmg sedap ;-)
Deletesedap semuanya tu...
ReplyDeleteMemang sedap kak Paridah.. :-)
DeleteMenu yang nampak sangat menyelerakan...
ReplyDeleteEn. Zumal boleh cuba makan sini satu hari nanti..
DeleteSalam singgah sini dik.... sedapnya tom yam dan udang butter tu...2 2 kesukaan akak ni...
ReplyDeleteTerima kasih kak Mardiah Diana, taste kita sama.. ^_~
DeleteSedap nampak semua menu tu...brocolli dgn cendawan tu akak pun suka
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ni semua sedap aryan azra, samalah kita suka sayur broccoli & cendawan juga.. :-)
DeleteIkan ngan tomyam xbleh tahan... jilat screen la jawab nye... heheh
ReplyDeleteAlolo yus, jangan begitu.. Lap screen tu iskh iskh iskh.. Ada rezeki bebila boleh pi sana, dekat jer.. ;-)
DeleteNyummmmmmmmmmmmm
ReplyDeleteCik Yanie, Yummmmmyyyy.. ;-)
Deletekeriuk2 dah bunyi perut ni tgk gambar mknan. hihihihi
ReplyDeleteHihihihi cian Aisya A. ;-)
Deletewah...nampak sedap je semua tu, saya memang teringin nak cuba makanan kat chinese food restaurant yang halal
ReplyDeleteSedap menu kat sini Cr. Siti Hazreen, ada rezeki nnti boleh cuba.. ;-)
DeleteWah kalau hujan makan tak sedap pun jadi sedap apa lagi kalau sedap memang licin le gamaknya.
ReplyDeleteHehehehe pandai kak notie, memang itu lah yang terjadi.. habis licin senang waiter waitress cuci pinggan nanti.. ;-)
DeleteWah.. menarik nampaknya ni. Boleh jadi pilihan kalau lalu area KLIA ni.. paling rasa nak cuba ialah brokoli mushroom tu..saya pun suka kalau makan brokoli jenia gitu.. nampak sedap dan menyelerakan..
ReplyDeleteBoleh singgah dan cuba Aisy Nasiha.. Broccoli dan mushrooms tu InshaaAllah sedap.. :-)
Deletedapat buat sendiri menu brocoli dgn mushroom tu mesti best. ^_^
ReplyDeletesinggah dari http://skuterlady.blogspot.my/2015/09/terkunci-dalam-tandas-office-omg.html
Kannn skuterlady, bila terasa nak makan boleh masak sendiri.. Good idea.. ;-)
Deletedekat dengan tempat sy... Bolehlah nnt JJCM...
ReplyDeleteSila iffah, sesekali cuba best jugak.. :-)
DeleteHow's the price?
ReplyDeleteOverall it cost RM300 plus coz price for seafood they charge according to market price..
Delete