Pages - Menu

Tuesday, September 01, 2015

Merdeka & kereta berhias kami..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Harap masih belum lewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Merdeka!
Tema : #sehatisejiwa..

Kali ni tergerak hati nak cerita tentang sambutan kemerdekaan di Negeri Sembilan.. Sambutan ambang kemerdekaan diadakan di bandar Seremban.. Apa yang lebih menarik, tahun ni syarikat tempat saya bekerja ada menyertai pertandingan kereta berhias buat julung kalinya setelah dikorporatkan..

Mula-mula agak tak berapa confident untuk sertai, target untuk menang jauh sekali memandangkan budget tak berapa besar untuk program ni.. Our Director said : sekadar memenuhi undangan dan memeriahkan majlis.

Corporate Comm. Dept. lah yang bertungkus-lumus membuat persiapan. Saya duk department lain, so sekadar mendengar dan memerhati..

Dua minggu sebelum 31.8.2015, meeting pemilihan design dan konsep diadakan oleh pihak pengurusan dengan Corporate Comm. Dept... Macam-macam cadangan diketengahkan oleh ahli mesyuarat, sorang kata letak simbol love, sorang kata letak burung merpati, sorang ni pulak kata air terjun, pening syarikat pengiklanan tu dibuatnya melayan setiap satu komen dan cadangan.. Fuhhh!

Sampailah masa yang ditunggu-tunggu.. Maka terhasillah kereta berhias SAINS, tadaaaaa :


Malam sebelum acara kereta ni dah ready.. Start pukul 10.00 malam kakitangan yang menyertai acara ini bersedia dengan costume masing-masing.. Negeri Sembilan terkenal dengan adat so konsep pun adat Nogori..


Jom tengok apa yang menarik.. Kita layan gambar sekitar sambutan di sebelah malam.. Oops sebelum tu nak bagitahu, gambar semua ikhsan Fb kawan-kawan.. Saya tiada di lokasi kejadian  ;-)


Kereta berhias SAINS begemerlapan.. blink, blink gitu.. 


Dayang-dayang anggun berbaju traditional Negeri Sembilan.. Den tak tau jenis costume apo mereka pakai.. hihihi

Sambutan Merdeka tak lengkap kalau takde bunga api kannn..




Pada siang hari pula kawat dan perbarisan  dari badan-badan beruniform, agensi-agensi kerajaan dan swasta seluruh Negeri Sembilan.. Ramai rakyat jelata turut bersama-sama memeriahkan suasana.. 


Perbarisan askar cilik mencuri perhatian..

Gambar credit to FB YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan 

Sekian, entry tentang Merdeka..
Sama-samalah kita hayati erti kemerdekaan.. Tak lupa juga kiriman surah  Al-Fatihah kepada tokoh-tokoh dan parajurit yang terkorban dalam peperangan semasa menuntut kemerdekaan..

Wsalam..


10 comments:

  1. Salam Merdeka....
    Selamat pagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Merdeka Nieyl..
      Selamat pagi juga diucapkan.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. :-)

      Delete
  2. salam merdeka...cantik kereta berhias n putra putri yg mengiringinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Kak Paridah,
      alhamdulillah Kak.. :-)

      Delete
  3. Cantiknya...suka dgn pakaian tradisi n9...bestla dpt join sambutan merdeka. Akak tak pernah..tringin jugak dah tua2 ni.kiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo sweet akak nur amni..
      Saya pulak ada peluang tapi x mau join.. :-)

      Delete
  4. wah cantik kereta berhias ala-ala konsep tradisional Nogori sembilan jo. Menang tak kereta berhias tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sudah tontu adat Nismilan Kak notie, den kann cari mkn kat Nogori.. Mula2 sebelum join, dio kato portandingan, pastu last minute kato perarakan jo.. Takdo monang atau kalah Kak.. huhuhu sadis..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..