Pages - Menu

Wednesday, September 30, 2015

Seoul Garden @ Dpulze Shopping Centre

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Didoakan semoga hari ini lebih baik dari semalam dan kita semua dipemudahkan segala urusan, amin.

Kisah entry kali ini, cerita cuti hari Jumaat lepas.. Tentu ramai yang masih berada di kampung masa tu, maklumlah selepas cuti Hari Raya Aidiladha. Ramai ambil cuti alang-alang hari kerja cuma sehari kann..
Lain pula saya, memandangkan saya tak balik kampung so hari cuti tu saya gunakan untuk urusan di Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya. Saya buat cabutan sijil kematian bagi urusan harta pesaka atas permintaan orang tua saya.

Selesai urusan, saya terus ke Dpulze Shopping Centre di Cyberjaya, shopping complex baharu. So nak meninjau jugak apa ada di sana.


 Lokasi shopping mall tu di sini :


Lokasi sangat strategik sebab bertentangan dengan Terminal Bas Cyberjaya. Puas tinjau meninjau takde apa yang menarik, sama seperti shopping complex biasa sedia ada. Kedai masih banyak  kosong. Hanya beberapa restaurants, bank, kedai telco serta kedai pakaian baharu dibuka.

Motif utama ke sini sebenarnya nak pi makan di Boat Noodle. Dijadikan cerita Boat Noodle ramai orang, itu pun masih ada beberapa lagi manusia sedang beratur panjang menunggu giliran. So maaflah, bab-bab beratur dan menunggu benda-benda remeh ni memang saya tak gemar. Maka berlalulah dari Boat Noodle ke Seoul Garden.



Seoul Garden tak berapa ramai orang. Okaylah, makan pun santai-santai, tak perlu rushing compare to Boat Noodle yang ramai dan jarak antara meja pun punyalah dekat yang amat. Cakap perlahan pun meja sebelah boleh dengar.. hihihi tak privacy langsung. Itulah statement orang frust bila tak dapat makan makanan yang diinginkan.. huhuhu

Cerita di Seoul Garden, sebelum masuk bayar dulu baru boleh pilih tempat duduk. Saya order Spicy tom yam soup. Pilihan makanan, sayuran dan lauk pauk semua variety.



Mana tekak Korea banyak pilihan makanan Korea, kimchi haruslah ada.. Saya bukan peminat fanatic Kpop tapi saya peminat kimchi.. hehehe. 
Okay layan gambar yer..




Udang bakar cukup masak sedia untuk dimakan.. 


Bawah ni kicap soya dan wasabi untuk sushi dan cili potong kicap untuk seafood grill.. 


Dua minuman yang menjadi my all time favorite iaitu mocha dan white coffee. Minum sampai puas, sedap..


Belanja sekeping gambar sedang menikmati minuman kegemaran, nyaman..


Okay, last but not least berikut harga pakej hidangan di Seoul Garden mengikut masa dan kategori dewasa, kanak-kanak dan warga emas. 


Bergitulah cerita tentang pengalaman makan-makan di Seoul Garden selepas hampa tak dapat makan di Boat Noodle. Mungkin lain kali ada rezeki boleh cuba nasib di Boat Noodle.. ^_~

Thanks for reading..
Have a great day everyone.
W'salam..




14 comments:

  1. Jom dating kat sini.heheeh...suka Seoul Garden...especially spicy tom yam Dan variety of seafood dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Amanda Suria.. Best boleh makan sampai lebam kata budak sekarang.. Tapi rugi pada sesiapa yang makan sikit kannn... hihihi

      By the way, terima kasih dating sini.. ;-)

      Delete
    2. SA nak hikut jugak makan-makan situ

      Delete
    3. Boleh satu hari nanti kita gather sini yer iffah & SA.. ;-)

      Delete
  2. Replies
    1. Untunglah adik Skuterlady ada orang belanjaaaaa.. hihihi ;-)

      Delete
  3. Ok dlm byk2 gambar saya suka tgk mocha n white coffee... sedapnya!!! Antara favorite saya tu... terbau2 aromanya smpi ke handfon ni... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Nora.. addicted to the max.. hehehehe sampai terbau2 ;-)

      Delete
  4. suka makan kat seoul garden..cedap & puas bila makan tu.. yum yum!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Mummy Ayu, I like.. hehehehe ;-)

      Delete
  5. Replies
    1. iryanty boleh cuba makan kat sini satu hari nanti..

      Delete
  6. Kalau ni dekat dengan office sy 5 minit sampai...
    nnt boleh jumpa kat sini ajak SA sekali he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure iffah.. Ni shopping complex baharu kan iffah.. Masih banyak kedai kosong.. ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..