Pages - Menu

Monday, September 14, 2015

Stationery addict!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to all readers.. Happy Monday everyone.. Pagi ni saya ada meeting pengurusan, saya sebagai Secretariat yang akan mencatat minit mesyuarat. Meeting ni I tell you memang memeningkan kepala dan make me stress.. Ditambah lagi tugas ni bukan kerja hakiki saya tapi scope kerja orang lain. Arrrggghhhh..

Whatever it is, doakan saya semoga dipermudahkan dan saya juga doakan rakan-rakan semua sihat dan ceria selalu.. 


Okay, bagi mood happy sikit. Tajuk post 'Stationery Addict', apa benda sampai ketagih tu? Kali ni saya nak cerita tentang stationery or alat tulis yang membuatkan saya ketagih or addicted. Basic alat tulis kita masa zaman sekolah ialah pen, pensil, pembaris, getah pemadam, gunting dan liquid paper. Tapi zaman sekarang macam-macam jenis stationery ada. Dahlah cute, canggih, berwarna-warni, macam-macam pula kegunaannya, rambang mata dibuatnya so macam mana saya tak ketagih especially bila kita masuk ke Daiso..

Contoh seperti ini:


Sejak saya join group planner di Instagram dan exchange stationeries dengan penpal di luar negara, saya jadi seorang yang 'gila' stationery. Pantang saja masuk kedai buku or kedai alat tulis tak sah kalau tak beli sesuatu alat tulis. Kegunaan alat tulis saya  yang berwarna-warni ni lebih digunakan untuk menandakan planner. Planners or organizer saya lebih kepada financial planning. Jadi setiap warna menunjukkan kod tertentu, contoh camni:

Sample from @mswenduhh

Ni koleksi jelly pens saya..


Ini pula haul dari Daiso iaitu fail untuk Lifetime binder, pouch, charms untuk my foamdori, pen for my planner (my pocket Filofax dalam bag) dan postcards album.


Ini pula bookmarks, stickers and washi tapes for planners decoration.


Stickers tu saya gunakan untuk ini, my daily expenses record :


Ini pula small stickers for planners. Contoh, bila tarikh gaji saya akan lekatkan sticker 'Payday', bila tiba tarikh due date untuk bayar loan Rumah, credit card or apa saja bayaran, saya akan tampal sticker 'To pay' pada tarikh planner dalam bulan tersebut dan banyak lagi icon-icon comel lagi untuk menandakan sesuatu supaya kita alert.


Then, kat bawah ni nama dia washi tapes. Sat lagi saya tunjukkan kegunaan washi tapes ni. 


Bawah ni saya senaraikan design washi tapes yang saya ada supaya tak terbeli lebih dari satu design.


Camnilah kegunaan washi tapes iaitu digunakan sebagai border supaya sudut kertas tak bergulung or lebih kepada décor:


Berikut stationeries haul dari Kaison iaitu buku nota comel dan washi tapes. Buku nota tu untuk projek foamdori saya.. hehehe so excited!


Ni pula, inserts untuk foamdori saya iaitu financial planner untuk weekly dan monthly budget serta wallet planner untuk rekod perbelanjaan harian saya.


Ini pula my foamdori passport size (merah) dan saiz Midori Travellers Note (MTN) warna biru. Saya buat sendiri foamdori ni sekadar hobi untuk mengisi masa lapang.


My foamdori in red.


My foamdori in blue.

Ini pula my planner pages. Decorations untuk bulan January 2015. Frankly speaking saya tak pandai decorate planners berbanding gang-gang group yang memang super terror. Design saya sangaaaat kaku.. 


Ni pula contoh planner page yang telah di decorate oleh Sara via her IG @sarahplanner. Cantik..  


Okay setakat ini sahaja entry untuk release stress. Cerita kosong tentang seorang Stationery Addict dan bagaimana dia menggunakan planners dan buku nota untuk merancang aktiviti harian supaya on track. Begitulah cara saya 'merakam' segala aktiviti harian. 
Apa pun, kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan.

That's all for now..
Thank you for reading.
Wasalam..




34 comments:

  1. Happy monday LZ..
    wahh...besar mata tengok koleksi stationery awak..
    saya pun suka kumpul buku2 dan stationeries comey macam awak..minat kita sama rupanya..
    (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Monday to you Baizura,
      Yeayyy ada gang.. Seronok kan kita kumpul stationery berwarna-warni, comel, cute etc.. :-)

      Delete
    2. betul2..kadang2 beli tak guna pun..beli sebab comey je...heh
      LZ...saya nak join juga grup IG tu boleh? apa ye IG nye?

      Delete
    3. Setuju sangat, membeli tapi sayang nak guna.. hehehe
      Baizura boleh follow IG saya @sweetmemoriesinmylife dan search #planneraddictmalaysia.. dalam tu ada ramai planners & stationery addict Baizura boleh follow.. Kalau ada gathering nanti saya tag Baizura.. :-)

      Delete
  2. stationery yg diperlukan mmg patut sentiasa ada dlm simpanan..kalau dijagikan hobi keloksinya best juga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Paridah memang best dijadikan koleksi dan sentiasa ada bersama saya.. :-)

      Delete
  3. psikologi menaikkan mood ni..ceria setiap hari in sya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat PC, hari ni stress sangat sampai migraine..

      Delete
  4. Replies
    1. Cantik dan colourful tu yang buat kita teruja nak memiliki Anum.. ;-)

      Delete
  5. wah cantik dan cutenya. Kalau pandai scrap memang berguna semua benda alah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak notie, saya suka scrapbooking juga.. Thanks kak sudi singgah & komen.. :-)

      Delete
  6. nice. done folo u, folo me back k http://acuyuhan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Kannn Tengku Sofia, saya suka.. saya suka. :-)

      Delete
  8. wahhh.. mmg addicted habis.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha addicted to the max Zizie Zack.. :-)

      Delete

  9. Nanti bleh la ajar saya mcm mana nak buat lebih2 lagi financial planner... selalu gagal

    ReplyDelete
  10. Eee seronoknya kalau ada stationery camni! And buku comel comel tu! <333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat Nad.. Buku comel2 tu buat kita happy dan boleh tulis apa saja kita suka.. :-)

      Delete
  11. Dulu cukup suka singgah di kedai stationery.. ada je barang yang dibeli tapi sekarang cuba perlahankan rentak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius Aizamia3 memang mesti beli sesuatu kann.. Can't resist.. :-)

      Delete
  12. cantiknya...kalau ni buku catatan utk subjek sekolah mesti excited nak ulangkaji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Ayu Ismail, warna-warni tu buat kita excited kan Kak.. :-)

      Delete
  13. Salam kenal, LZ.
    Minat kita samalah! Saya pun pantang tengok benda2 begini. Cuma saya tak guna utk planner sgt. Saya guna untuk buat paper crafts :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga kepada Farrah MF,

      Yeayyy ada gang.. Suka sangat..
      Paper crafts memerlukan lebih kesabaran & creativity berbanding decorating planners kan Farrah.. ;-)

      Delete
  14. Cantiknya....sis LZ...

    nk beli kt ne ek...sticker comel2 tu...tapi ruby x kreatif....deko kt buku harian ruby cm gini..mesti gojes ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn rubiah kadir.. Sebab tu saya 'ketagih' membeli.. ;-)

      Sticker comel2 tu ada di Popular Bookstore, MPH, Daiso.. Tu tempat paling utama.. :-)

      Delete
  15. Replies
    1. Rubiah, Kaison di Paradigm Mall & Mahkota Parade Melaka tu setahu saya.. Saya selalu pergi di Paradigm Mall, Kelana Jaya.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..