Pages - Menu

Wednesday, October 07, 2015

Cerita tentang postcards via Postcrossing..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..
Alhamdulillah semalam dan hari ni hujan turun agak lebat, jerebu pun sudah berkurangan berbanding sebelum ni.. Sekolah pun sudah dibuka sepenuhnya.. Banyak perkara terjejas disebabkan jerebu.. Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala..

Entry kali ni masih lagi tentang hobby.. Selain gardening, crafting, scrapbooking, penpals dan deco planners, saya juga suka bertukar-tukar postcards sesama kawan-kawan dari luar negara. Hobby ni dinamakan postcard swap. Terdapat 2 cara bertukar-tukar postcards yang saya amalkan iaitu secara direct swap iaitu tukar suka sama suka dan melalui postcrossing. Direct swap kebanyakkan menerusi Instagram khas yang diwujudkan semata-mata untuk hobby ini iaitu @sweetmemoriesinmylife.. Sebelum tu nak khabaq, saya pernah post entry tentang postcards dalam tajuk Penpals, Postcards & I di sini iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3..  So tak perlu ulang panjang-lebar..

Untuk pengetahuan, setakat tahun lepas saya sudah mengumpulkan lebih 200 keping postcards dari pelbagai negara. Hari ini, saya ingin berkongsi cara bertukar-tukar postcards melalui Postcrossing khas untuk rakan-rakan blogger yang berminat mencari kenalan melalui hobby ini.

Mula-mula register di website www.postcrossing.com. Isi dan lengkapkan profile anda, terutama  bahagian address untuk penerimaan postcards akan datang. Tulislah dalam profile anda jenis postcards yang anda suka. Saya prefer postcards yang menunjukkan tempat-tempat menarik or multicity view negara mereka dan gambar royal family jika postcrosser tersebut dari United Kingdom.

Berikut page Postcrossing saya selepas login..

 

Kemudian, jika kita berhasrat untuk hantar postcard, click icon sebelah kiri pilih 'Send a postcard'.. Quota untuk send postcards bagi permulaan adalah terhad, kemudian akan bertambah mengikut prestasi kita.

Quota saya setakat ni 8 keping postcard. Status sekarang ada 7 dari 8 postcards dalam perjalanan ke destinasi seperti dalam gambar di bawah. Selepas click icon 'Send a postcard' kita akan terima alamat untuk kita hantar postcards. So hantar postcards berdasarkan alamat yang diberi. Hantar cepat-cepat sebab masa perjalanan postcards akan dikira dari hari pertama kita request address.. dan jangan lupa tulis postcard ID.

 

Page seterusnya di bahagian 'Register a postcard'. Jika anda menerima postcards terdapat nombor postcard ID dinyatakan pada postcard tersebut mengikut negara pengirim. Masukkan ID postcard tersebut untuk didaftarkan dalam system Postcrossing di bahagian kotak di bawah gambar berikut. Jangan lupa tulis mesej anda dalam kotak mesej yang ingin kita beri kepada pengirim postcards tersebut tanda terima kasih kita kepada si pengirim postcard. 

 

Ini senarai postcards telah saya hantar dan sedang dalam perjalanan ke destinasi masing-masing.

 

Bawah ni pula senarai postcards yang telah saya hantar dan diterima oleh penama dalam senarai yang diberi.

 

Seterusnya, ini pula senarai postcards yang saya terima. Postcrossing akan menghantar email kepada kita memaklumkan bahawa postcards yang dikirim telah selamat diterima, tempoh masa dan jauh perjalanan postcards yang kita hantar. 

Tang mana best berpostcrossing ni apabila kita request address at the same time postcrosser lain akan dapat address kita untuk diaorang hantar postcard kepada kita. So kita tak tahu kawan dari negara mana akan hantar postcards kepada kita. Postcards dihantar secara surprise!

 

Berikut, postcard wall saya iaitu gambar-gambar postcards yang telah diterima berdasarkan senarai di atas.

 

Ini map negara yang pernah saya terima dan hantar postcards. Rekod mengenai jumlah hari dan jarak perjalanan postcards juga boleh dilihat di sini.

 

Gambaran secara statistics activity postcrossing saya mengikut bulan.

 

Begitulah cerita dia, tak dapat melancong ke luar negara dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar postcards dari luar negara pun okay jugak.. It's so much fun to get all these postcards from all over the world!  

 

Ini antara postcards menarik yang saya terima.

 

Seterusnya saya letak semua postcards dalam album seperti berikut:
 
 

Bila kita kenal antara satu sama lain, kita boleh jadikan sebagai penpals dan bertukar-tukar gift dan cerita dari negara masing-masing disusuli add as a friend di Facebook dan Instagram peribadi untuk mengetahui aktiviti harian. Bawah ni gambar sebahagian gifts yang diberi oleh penpals saya dari USA, Italy, Colombia dan Germany.


Ini sahaja entry kali ini untuk dikongsi bersama.
Terima kasih sudi baca..
Until then, have a great day everyone.. ^_~

20 comments:

  1. HOBI MENARIK NI N BNYK LYZ DH DPT POSKAD YA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik Kak Paridah, release stress.. So far banyak dah saya dapat.. :-)

      Delete
  2. Menarik...boleh buat kenang kenangan ni...alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul simpan untuk kenangan PC di samping knowledge tentang negara luar.. ;-)

      Delete
  3. wahh bestnyer hobi klasik dimodenkan nih, nnti wak nk tryla jugakk., ;p

    ReplyDelete
  4. nk tnye, akak LZ selalu tunjuk depan postcard gmbr saje, blkg postcard tu camane? wak masih blurr nih., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry akan datang saya akan update postcards yang telah diterima bahagian depan dan belakang.. Bila wak try nanti wak akan faham camne fungsi postcrossing ni.. :-)

      Delete
    2. sebenarnya byk nk tnye leh emel wak:

      3lalat@gmail.com

      Delete
    3. Boleh Wak.. Sat lagi saya email Wak.. ^_^

      Delete
  5. Menarik jugak hobby macam ni..masa lapang boleh belek2 postcard

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya selalu buat Fidah Shah..
      Zaman canggih camni siap boleh chat & skype dengan penpal juga.. ;-)

      Delete
  6. wahhh..menarik nya lah sis dapat tukar2 poskad dr pelbagai negara ni..
    teruja plak tengok... baru tau yg kita boleh tukar2 poskad melalui online... thanks info...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kann Atieyusof,
      Kita dapat postcards and at the same time kita boleh abadikan postcards yang kita terima tu melalui online.. ;-)

      Delete
  7. As-salam LZ,

    Wah.. hobi yang menarik ni.. pertama kali tahu tentangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Hanis Azla,

      Alhamdulillah LZ sampaikan ilmu baharu..

      Delete
  8. daebakkk laaaaaaaa!!!!!!Lpas baca entry nih rasa nak create akaun terus..huhuuhuhuhh...thank Q... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berminat terus register aiman mania, pastu send postcard. Bila dapat address terus pos. Pastu tak lama kita dapat postcard dari postcrosser lain.. Seronok tau..

      Delete
  9. mula2 dulu blurr gak, skrg dh faham., dan mmg penantian tu satu penyeksaan mak lenny kann ., kihkih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 mmg menyeksakan Wak sbb tak faham sangat konsep dia dan kedua lama bebenor nak dapat postcard.. Bertabahlah.. hihihi pastu okay..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..