Pages - Menu

Saturday, October 03, 2015

I love roses..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to all readers..
Cuti hujung minggu yang sentiasa ditunggu-tunggu.. Hari ni kurang seronok sikit sebab tak boleh keluar, jerebu teruk di Negeri Sembilan. Di sini paling teruk area Seremban, kawasan tempat tinggal saya, bacaan IPU 181 antara yang tertinggi setakat hari ini..and at the same time, saya bawa balik kerja office untuk disiapkan di rumah hujung minggu ni. Status kerja ni extremely urgent so 'terpaksa' bawa balik ke rumah.. Di office kadang-kadang tak boleh focus sangat especially bila melibatkan kerja membaca, berfikir dan mengarang.. So I need privacy, terpaksalah bawa balik ke rumah untuk dapatkan privacy yang diinginkan..
Tak kisahlah tu, apa yang penting (kata Wonder pets), janji kerja siap ikut deadline! 

Cerita tentang bunga.. Perempuan mana tak suka bunga kann, expecially roses. Me too.. Suka sangat bunga ros. Sampai jadi terapi minda di pagi hujung minggu.. Bila hujung minggu, awal pagi dah jadi kebiasaan, saya akan meninjau pokok bunga ros yang ditanam di halaman rumah, sambil siram dan cabut rumput. Kali ni apa yang saya perhatikan, bila musim jerebu, elok pulak roses buds keluar banyak. Pelik tapi benar..
Mungkin sebab cahaya matahari tak terlalu terik, cuma suam-suam kuku, suhu sesuai sebab tu ros suka berkembang kot.. eh suam kuku ker? Kalau berjemur mau hitam jugak kulit dek bahang matahari..hehehe.. 

Okay, mari kita lihat rosesku selepas disiram.. Janganlah imagine roses kat Cameron Highland tu yer puan-puan.. Roses saya tanam ni spesis ros kampung.. tahan lasak, senang jaga.. Roses tanah tinggi manja dan high maintenance, tak sempat saya belai ehh, hehehe..

 

 

Gambar bawah ni, rose buds and they are started to bloom, tak sabar..

 

Rose bawah ni warna peach, baru 3 hari kembang..

 

Bawah ni spesis rose merah menyala, tengok dari daun pun kita tahu..

 

Gambar bawah ni jenis rose warna kuning..

 

Pink roses ni dah seminggu kembang, so tiba masa untuk dicantas..

  

Puas hati bila tengok pokok berbunga, colorful.. Berbunga-bunga juga dalam hati..
Okay, itu sahaja.. 
Sambung balik kerja office.. huhuhu



20 comments:

  1. Chantikkkk...
    Rajinnya menanam rose..

    ReplyDelete
  2. chantek gmbr pink ros tuu ;p

    ReplyDelete
  3. Assalam
    Cantik-cantik bunga rose tu.Gemok-gemok bunganya.. "Green fingers" tuan blog ni..
    *Salam kenal dari saya*

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Emy Omar, terima kasih..
      Alhamdulillah pokok sihat time jerebu ni.. hihihihi
      Salam kenal juga dihulurkan..

      Delete
  4. Bestnya kalau melihat bunga-bungaan kita kembang mekar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dunia Zumal, terasa berbaloi-baloi.. :-)

      Delete
  5. Saya pun dah giler bunga... hhehehe, terima kasih pada awk yg membantu memupuk semangat saya dalam garden... tysm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy ada gang minah bunga.. hehehe no problem.. Sharing is caring kann my friend.. ^_~

      Delete
  6. org lelaki pon sukak bunga jugak sbb tu ade peribhs 'a thorn among roses' ., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka Wak tiga lalat pandai bermain kata-kata.. hihihi Jangan jadi Mat munger sudah..

      Delete
  7. Terimakasih singgah blog kakak...
    Canteknya dan subur nampaknya ros yg ditanam,kakak suka tengok tpi tanam macam kurang menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Kak Saniah,
      Saya pun takde skill tanam-menanam ni kak, belasah jer & alhamdulillah hidup subur. hihihi

      Delete
  8. Kakak pun suka bunga rose. Buat masa ini rumah kakak ada warna pink, merah dan kuning
    Ada sepokok warna merah hati dah mati gara-gara en abang spray semut guna shelltox terus mati semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kakzakie.. Saya buat collection pokok rose ni.. Sayang pokok rose akak tu mati gara2 shelltox.. huhuhu

      Delete
  9. Seronoknya tengok bunga kembang mekar hidup subur begitu. Boleh hilang stress :)

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..