Friday, October 16, 2015

PBA dan Pasembur @ Jalan Padang Kota Lama, Penang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Hari ini hari Jumaat yang penuh barakah.. Semasa entry ini ditaip saya dalam perjalanan pulang ke Seremban, lokasi masih lagi di Penang. Doakan perjalanan kami selamat. Hari ni #throwback, cerita tentang semalam (15.10.2015). 

Untuk pengetahuan, kami tiba di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA) pada pukul 10.00 pagi.. Basically 'misi' kami hari ini untuk bertukar-tukar kepakaran dan mempelajari sistem yang digunapakai oleh PBA serta apa sahaja yang berkaitan operasi mereka sebagai pembekal air terawat di Pulau Pinang.



Segala perbincangan dan perancangan mengikut jadual. Kerjasama dan layanan PBA juga sangat memuaskan dan bertaraf 5 bintang. Overall banyak yang kami pelajari untuk diadaptasi bagi proses penambahbaikan bukan sahaja dari segi teknikal tetapi dari segi sistem yang ada. 


Alhamdulillah, peluang yang ada telah digunakan sepenuhnya dan setiap kemusykilan telah dijawab.. Itu yang saya boleh rumuskan. Overall sesi taklimat berakhir dengan jayanya pada pukul 5.30 petang. 

Selesai sahaja lawatan, dalam perjalanan balik ke hotel kami singgah di Jalan Padang Kota Lama untuk makan pasembur, yeayy! Tinggalkan segala stress!

Orang kata tak lengkap kalau mai Penang tapi tak makan pasembur dan nasi kandaq. So atas recommendation my colleague kami singgah di gerai Gani Famous Pasembur..







Selesai makan, kami ambil angin sebentar di tepi pantai sebelum pulang ke hotel.




Jam 8.30 malam, kami bertolak ke Batu Ferringhi for night market dan makan malam.


Begitulah #throwback kisah semalam..
Thank you for reading.. 
Pada yang sudi komen dalam entry saya sebelum ni, terima kasih diucapkan.. InshaaAllah saya akan berkunjung balas ke blog saudara / saudari seperti selalu.. 

W'salam..

6 comments:

  1. nanti repeat datang lagi ye.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah, nanti bawa family pula Siti Nurzafirah.. Penang best! ;-)

      Delete
  2. SEDAPNYA MAKAN PASEMBOR DI PADANG KOTA...NYAMAN DISAPA BAYU LAUT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Paridah, sangat mendamaikan lebih-lebih lagi hati lega misi selesai.. :-)

      Delete
  3. Sotong bakar..... sedap tu. Pasembor penang memang the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak notie, setuju sangat.. Sotong bakar best & pasembur mmg famous kat Penang kann.. Boleh layannn.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...