Tuesday, October 20, 2015

Sukand's Food Station @ Port Dickson

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Hari ini cuaca tidak begitu baik, jerebu semakin teruk sejak semalam sehingga sekolah-sekolah terpaksa ditutup. Bacaan IPU hari ini di Seremban mencapai 200 sehingga udara berbau hangit dan mata pula terasa pedih. Diramalkan keadaan ini akan berterusan sehingga bulan November nanti bergantung kepada cuaca dan tiupan angin.

Okay, kita tinggalkan cerita tentang jerebu itu. Hari ni saya nak share tentang pengalaman makan di Sukand's Food Station di Port Dickson untuk kali pertama. Untuk pengetahuan, landmark restoran ni berhampiran bulatan di Bandar Port Dickson. 


Lokasi berdasarkan Google map :


Saya tiba di sana pukul 3.30 petang, orang tak berapa ramai waktu itu. Dapat tempat duduk terus order nescafe ais for me dan limau barli ais for my husband.


Berdasarkan review, restoran ini terkenal dengan nasi ayam, so saya order nasi ayam untuk anak teruna dan mee hoon sup sahaja memandangkan makan dalam waktu tea time kata omputih.




Selain itu, terdapat set ubi kayu rebus dihidangkan di sini which is rare for me. Susah jumpa restoran serve ubi kayu rebus makanan zaman perang cam ni. Pujian harus diberikan kepada ubi kayu rebus kerana texture nya yang sangat lembut dan gebu.


Set ubi kayu rebus + kelapa parut + gula melaka+ sambal = RM4.80.

Hidangan ubi kayu rebus ini juga boleh dimakan dengan ikan masin jika suka, harga berbeza.


Jumlah keseluruhan hidangan di atas RM20.25 sahaja.


Overall okay, especially ubi kayu rebus yang jarang kita jumpa. Sesiapa yang datang ke Port Dickson boleh singgah di restoran ini untuk cuba sendiri.

Kepada sesiapa yang pernah singgah, pengalaman anda boleh dikongsi bersama.
Itu sahaja..
Terima kasih sudi singgah..
Until then..
Sekian, wasalam.


10 comments:

  1. :) singgah pagi
    makanan tradisional

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Anum..
      Lama Anum tak singgah sini. Rindu.. ;-)

      Delete
  2. Nasi ayam tu memang nampak sedaplaa. Sos dia banyakk! :P

    ReplyDelete
  3. Ubi kayu rebus tu..wow..sedap2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majority suka ubi kayu rebus ni PC..
      Sedap kann..

      Delete
  4. sedap ubi kayu rebus tuu kalo dimakan ujan2 kesejukann makk., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak tak yah tggu hujan pun sodap..
      Apalagi bila hujan, double sodap..
      Orang kampung saya kata : "all time favorite.." hihihi

      Delete
  5. Owh..ye lah ubi kayu rebus, jarang nak jumpa sekarang ni even kat kg pon payah =)
    Ok...inysaallah nak try gak makan kat sini when ke PD, nampak nasi ayam tu macam sedap jeee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should try Love Razila memang sedap..
      Paling tak boleh lupa texture ubi rebus dia yang lembut & gebu.. fuhh mables! ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...