Pages - Menu

Tuesday, November 03, 2015

Cerita di Majlis Konvokesyen UKM Ke-43..

Assalamualaikum  dan Selamat Sejahtera semua.. Didoakan semoga semua baik-baik belaka.. 

Semalam 2.11.2015 aktiviti pertama dalam bulan November 2015, saya dijemput mewakili keluarga menjadi tetamu untuk majlis konvokesyen adik bongsu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selesai sudah pengajiannya dalam Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina selama 4 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu, sedangkan masih terasa waktu saya hantar dia mendaftar tahun pertama di UKM dulu.


Majlis bermula jam 2.00 petang di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) manakala tetamu dinasihatkan supaya hadir awal setengah jam sebelum majlis bermula.


Cuaca waktu itu agak panas ditambah pula ramai orang menunggu, setengah jam berada di luar dewan merupakan waktu yang sungguh mencabar kesabaran saya. Tak selesa!


Selepas pintu dewan dibuka, tetamu semua berpusu-pusu masuk dan mengambil tempat masing-masing termasuk saya. Motif utama cari port strategik supaya senang keluar bila habis majlis dan senang untuk ambil gambar.. :-)


Yeayyy dapat tempat duduk..


Bila semua tetamu sudah mengambil tempat maka tibalah giliran graduan diarak masuk ke dewan dan mengambil tempat.


Penuh dewan, berwarna-warni... 
Tak lama selepas itu, pengumuman ketibaan Pro-Canselor UKM, Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid diiring pembawa Cokmar masuk ke dalam dewan.

Untuk makluman, Cokmar UKM adalah kurniaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai lambang kuasa Universiti. Cokmar ini digunakan dalam upacara rasmi Universiti.

Gambar bawah ni rupa Cokmar UKM.



Seterusnya majlis bermula setelah mendapat perkenan Pro-Canselor.


Gambar Pro-Canselor.

Aturcara pertama ialah penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada YBhg. Prof. Dr. Asad M. Madni.



Seterusnya barulah penganugerahan Ijazah Sarjana dan Sarjanamuda..


Majlis penganugerahan dimulakan oleh graduan dari Fakulti Undang-Undang, Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, Fakulti Pendidikan, Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektrik (IMEN), Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Institut Sel Fuel (SELFUEL) dan Institut Perubahan Iklim (IPI).

Majlis diselang-seli dengan persembahan koir, dikir barat dan nyanyian.


Majlis selesai jam 5.45 petang dan tetamu dibenarkan bersurai setelah Naib Canselor dan Rektor IPT keluar dewan.


Majlis gradusi tak meriah kalau takde bunga kannn.. Masa ni lah macam-macam jenis bouquet dijual. Harga pun boleh tahan so kena pandai pilih dan bargain.. ;-)

Dalam banyak-banyak bouquet, cuma 3 kuntum bunga rose Arief hadiahkan untuk Mak Su dia. Sekuntum bunga membawa maksud I LOVE YOU kate dia.. hihihi
Whatever lah anakkk..

Bila bunga layu, simpanlah patung tu sebagai kenangan.. :-)


Lastly, bergambar dengan Mak Su.
Tahniah Mak Su. Mak Su dapat Anugerah Fakulti - Hadiah Senstech iaitu graduan terbaik dalam keseluruhan bidang Akademik & Kokurikulum. Hadiah sijil dan RM1,000.00. Lepas ni Mak Su sambung Master start January 2016 nanti.



Itu sahaja cerita semalam untuk dikongsi bersama. Alhamdulillah berakhir sudah urusanku dengan izinNya..

By the way thanks for reading. 
Have a great day everyone..
Wasalam..


26 comments:

  1. Replies
    1. Hehehehe thanks Khai Rin : anies, jwb bagi pihak mak su.. :-)

      Delete
  2. hehehe bunyi cam sedara sendiri je

    ReplyDelete
  3. tahniah maksu ..pencapaian yg sgt cemerlang rajin belajar sambung master hingga phd pula ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg PhD target dia kak. Terima Kasih kak Paridah. Saya jwb bagi pihak Mak Su.. :-)

      Delete
  4. tahniah untuk adik aka ye(mak usu)..

    ReplyDelete
  5. tahniah, mak su! hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Melissa... Akak jwb on behalf Mak Su... hehehe

      Delete
  6. Tahniah utk mak su...
    Kakak pun tak sabar nak tunggu 2017 dua anak kakak konvo serentak satu uni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Su kata terima kasih Kak saniah.. :-)
      Alhamdulillah bertuah akak, anak2 berjaya ke menara gading.. Semoga mereka berjaya Kak.. :-)

      Delete
  7. Tahniah dari auntie buat MakSu
    Lega mak-ayah sebab MakSu mestilah yg last dlm keluarga utk graduation
    Tapi kalau sambung lagi lepas tu lagi sekalilah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih auntie.. :-)

      Akak memang memahami.. Finally mak-ayah lega bila anak2 semua habis belajar.. Lepas ni Mak Su buat Master sambil kerja di UKM.. Syukur lah.. :-)

      Delete
  8. Tahniah maksu. Good luck untuk master! :D

    ReplyDelete
  9. Meriahnya konvo ukm.tahun ni x sempat g tapak konvo yg atas bukit tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah MumMe, crowded.. Tahun ni x sempat pergi, inshaAllah blh pergi tahun depan.. :-)

      Delete
  10. Replies
    1. Terima Kasih kak Yus @ owner Blog Shoppe.. ;-)

      Delete
  11. tahniahnyer maksu.,
    mmg tipikal erk nak masuk dewan konvo mcm tu.,

    ps. postcard wak yg pertama dh ade org terima., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah Wak, ni first time saya pi majlis konvo local U.. Masa saya dulu xde pulak camni..

      ps. Tahniah Wak, postcard utk Wak on the way tu..

      Delete
  12. tahniah utk adik akak. hehe tgk gambar teringat masa convo tahun lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Eka Tikah.. Tentu sweet memory utk adik Eka Tikah, kenangan terindah kann..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..