Pages - Menu

Friday, November 27, 2015

Ke mana duit saya?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers. Alhamdulillah hari ini tiba hari Jumaat yang penuh barakah, so sit back and relax weekend just around the corner.. yeayyy!!

Kali ni nak kongsi tentang perancangan budget saya. Al-maklum zaman harga barang semua naik (cuma gaji jer tak naik-naik) so pengurusan perbelanjaan dan perancangan kewangan perlu diambil perhatian.. Hurrrmmm sesuatu yang pahit untuk ditelan tapi hidup perlu diteruskan.

Bagaimana saya merancang perbelanjaan saya? Begini caranya..

Sekarang saya perkenalkan..
Buku merah ni buku budget saya, ala-ala midori gitu tapi ini rekaan saya sendiri.


Sabtu lepas saya buat perancangan perbelanjaan since gaji masuk awal pada bulan November ni. Selalu masuk 25hb tapi bulan ni 22hb dah dapat gaji. Dapat tahu figure gaji bersih terus rekod dalam buku ni di ruang 'Financial Summary'.


Sebelum tu draft dulu senarai hutang yang perlu dibayar setiap bulan dan perbelanjaan berjadual dalam kertas supaya tidak tercicir sebarang item yang perlu dibayar.

Format lebih kurang begini berdasarkan financial summary tadi :


Kemudian, saya label mengikut kategori. Kaedah ini dinamakan Envelope Budgeting System yang diilhamkan oleh Dave Ramsey.


Boleh juga dibuat dengan kaedah ini :

Gambar ikhsan Pinterest 

Gambar berikut pula ruang yang telah dilabel mengikut jenis perbelanjaan melibatkan wang tunai kerana segala hutang yang dibayar secara online banking telah dibayar.


Masukkan wang tunai mengikut kategori perbelanjaan bagi mengelakkan 'terguna' untuk perbelanjaan yang tidak dirancang.


Inilah hasilnya setelah semua bahagian ditampal label dan wang perbelanjaan diasing mengikut kategori. Ianya mudah dibawa semasa kita ke bank atau membeli barang di kedai atau pasaraya.


Jadi, baki duit di tangan adalah untuk perbelanjaan kecemasan dan boleh allocate untuk  tambah saving or shopping barang dalam kategori wishlist.

Selain itu saya juga merekodkan segala perbelanjaan setiap bulan. Jadi resit-resit pembelian saya simpan. Saya rekod perbelanjaan berdasarkan kategori berikut :

Petrol
Grocery
Fee / Membership
Kid
Eating Out
Clothing
....


Kemudian, pada setiap akhir bulan saya akan lihat semula kategori mana wang saya banyak dibelanjakan. Jika banyak kepada kategori 'clothing' mungkin next month saya perlu kurangkan pembelian di bawah kategori itu. 

Saya juga letakkan column N for 'need' dan W for 'want'. Sebelum membeli saya akan pertimbangkan sama ada ianya keperluan atau kehendak.

Itu sahaja.. Cara yang simple.. Mudah dipraktikkan tapi perlu disiplin. 
Okay, terima kasih sudi singgah..

Have a great day..
Salam Jumaat semua..
Tata.. ^_~



24 comments:

  1. kena rajin ni kalau nak buat,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time memang 'bercinta' sikit Yana, lama-lama dah biasa, okay lah nanti. Bila dah biasa janggal pulak x buat.. hehehe ;-)

      Delete
  2. salam jumaat LZ..bajet mmg perlu ditentukan...maklum nilai duit semakin sikit. terlebih berblnja xcukup pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat kak paridah..
      Setuju sangat kak.. Takut duit 'kering' sblm hujung bulan kann..

      Delete
  3. nice one, kak.. bloeh praktikkan ni. hee. Lissa selalu guna duit overflow .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah Lissa, sesuai dipraktikkan oleh semua.. Slow but steady.. ;-)

      Delete
  4. wahhh. boleh di praktikkan n, sbb skrg ni kan semua serba mahal..kena lgi bijak rancang perbelanjaan kan... TQ berkongsi tips... :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..terbaik ni..sistematik..mudah dan selamat..good job kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Thank you so much PC.. ;-)

      Delete
  6. Bagus tips ni, thanks ya kena mula praktikkan ni

    ReplyDelete
  7. Satu perkongsian yang menarik. mmg selalu terjadi jugaklah fenomena hujung bulan terusik duit simpanan di TH tapi dpt gaji mmg make sure ganti balik. ni biasanya kes lambat dpt payment yg tu buat belanjawan ada sedikit larik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nasib baik larik sikit.. masih boleh dikawal Merlyn Hasshim.. ;-)

      Delete
  8. owh.. cmtu ea akak rancang.. nak buat camtu gak r.. senang sikit nak merancang.. kalau x, asyik nak beli je.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Zizie Zack, so far perbelanjaan on track.. Hutang pun x tercicir.. ;-)

      Delete
  9. Teraturnya cara LZ urus duit. Suka tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih banyak Farrah MF..
      Saya kena buat camtu sebab saya jenis boros.. :-(

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..