Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan..
Bermula entry ini ditaip, jam menunjukkan pukul 11.54 malam. Hari ini hampir ke penghujung sementara detik 12 malam akan bertukar hari esok. Moga diberi kesempatan meneruskan kehidupan ini untuk memperbaiki diri..
Al-kisah hari ini saya applied leave. Saja ambil cuti untuk merehatkan minda.
Bermula entry ini ditaip, jam menunjukkan pukul 11.54 malam. Hari ini hampir ke penghujung sementara detik 12 malam akan bertukar hari esok. Moga diberi kesempatan meneruskan kehidupan ini untuk memperbaiki diri..
Al-kisah hari ini saya applied leave. Saja ambil cuti untuk merehatkan minda.
Bila bercuti, suka pergi halaman rumah, belek bunga. Berbunga-bunga hati bila tengok pokok orkid IKEA ni berbunga walaupun kurang perhatian.. Abaikan daun pokok yang berkudis tu yer..
Hari ini dah ada plan.. Plan untuk ke post office.. Setem untuk hantar poskad dah habis and at the same time ada order yang perlu dipos.
Maka, awal pagi ku menuju ke Pejabat Pos Seremban 2 yang terletak dalam pasaraya AEON.. Amboi bukan main suka anak bujang bila dibawa bersama.. Maka sebelum berurusan di pejabat pos haruslah isi perut dulu, kira brunch lah sebab tak makan breakfast lagi. Tambahan pula urusan di Pejabat Pos S2 ni punyalah lama..
Restoran Pizza Hut menjadi pilihan kerana mencari hot coffee yang ummph! Untuk pengetahuan, saya penggemar kopi tegar, addicted to the max!
As usual menu yang sama dipesan apabila berkunjung ke Pizza Hut.
Gambar lama sekadar hiasan :-)
Usai urusan di Pejabat Pos, hujan renyai-renyai ketika perjalanan pulang ke rumah. Jam menunjukkan 4 petang. Apa menu malam ni? Hurrmmm persoalan yang berlegar-legar di fikiran. Buka peti ais, bahan-bahan asam pedas cukup tapi ikan pula takde. Hanya ayam yang tinggal, maka asam pedas ayam lah jawapannya untuk menu malam ini..
Tadaaa..
Siap! Segala bahan saya letak, bunga kantan, daun kesum, kacang bendi, kobis jeruk semua cukup.. Sarat periuk, hehehe
Lepas makan malam, start prepare foamdori, terima order dari kawan.. Maklumlah tahun baru tak lama lagi. Jadi dapatlah tempahan planner. Alhamdulillah rezeki..
Kadang-kadang diari / planner yang dijual di luar tak memenuhi kehendak kita, so planner custom made juga menjadi pujaan hati.. ;-)
Alhamdulillah, selesai semua urusan hari ini seperti yang dirancang.
Tajuk post 'Plan hari ini menjadi' sebab selalu apa yang dirancang tak menjadi kerana ikutkan rasa hati dan suka tangguh kerja. Plan lain, buat lain.. Padahal tahu tak elok ikutkan perangai syaitan suka tangguh kerja.. Jangan diamalkan especially bab amal ibadah kann.. - peringatan kepada diri sendiri.
Okay, ini sahaja perkongsian hari ini..
Terima kasih sudi singgah..
Jaga diri semua..
W'salam..
comelnya planner.
ReplyDeleteThanks najwa.. :-)
DeleteAlhamdulillah semuanya berjalan lancar.. hehe anw, comel planner tu kak :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur Lissa..
DeleteThanks dear.. ;-)
planner tu chomey diluar mestilah chomey gak didalam kan cik kak lenny., hehe2
ReplyDeleteAlahai Wak tegur saya.. Tetiba tersedar xde skill photography mcm Wak sbb x snap gambar dalam planner tu.. :p
DeleteDua yg amat menarik mata kakak:-
ReplyDelete1. asam pedas:)
2. palnner cantik
Hihihi asam pedas Johor Kak zakie.. Thanks Kak.. :-)
Deletecantiknye planner tu...bestlah cuti utk rehatkan minda.. :)
ReplyDeletehabiskan cuti tahunan ke?
Thanks Yana.. ;-)
DeleteHa'ah Yana abiskan cuti hujung tahun.. :-)
alhamdulillah kak..bila apa yang kita rancang jadi kenyataan girangnya hati..tanda Allah redha..amin...asam pedas tu wow...nasi panas..kicap..ulam timun..
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok sangat PC.. aduh tetiba telan air liur bila PC describe satu2 'jodoh' lauk asam pedas, memang wow! My favorite.. :-)
Delete