Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Didoakan agar rakan-rakan blogger saya sihat semuanya.. Kalau tak sihat jangan tangguh pi klinik tau.. :-)
Okay, umum sedia maklum cuti sekolah tinggal berbaki lebih kurang 2 minggu sahaja lagi.. Lately ramai juga officemate saya bercuti untuk menguruskan persediaan anak-anak bagi sesi persekolahan 2016. Tak kurang juga yang pergi bercuti bersama keluarga di saat akhir..
Saya juga tak melepaskan peluang.. Jumaat lepas selepas habis waktu kerja terus check-in hotel Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya. Tempahan sudah dibuat sejak minggu lepas. Kali ni not really vacation just a short break dari beban kerja di pejabat dan memilih hotel ini yang ala-ala resort di tengah bandar. Lagi pun area Cyberjaya takde lah busy sangat, traffic juga agak tenang.
Okay, umum sedia maklum cuti sekolah tinggal berbaki lebih kurang 2 minggu sahaja lagi.. Lately ramai juga officemate saya bercuti untuk menguruskan persediaan anak-anak bagi sesi persekolahan 2016. Tak kurang juga yang pergi bercuti bersama keluarga di saat akhir..
Saya juga tak melepaskan peluang.. Jumaat lepas selepas habis waktu kerja terus check-in hotel Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya. Tempahan sudah dibuat sejak minggu lepas. Kali ni not really vacation just a short break dari beban kerja di pejabat dan memilih hotel ini yang ala-ala resort di tengah bandar. Lagi pun area Cyberjaya takde lah busy sangat, traffic juga agak tenang.
Check in pukul 7.00 petang iaitu sangat lewat dari waktu sebenar 3.00 petang. Selesai check in di lobby hotel, saya terus menuju ke hotel room dengan menaiki kereta kerana jaraknya yang agak jauh dari lobby hotel.
Hotel room nombor #154, bilik bawah.. Agak spoiled.. Akan diceritakan pada penhujung entry ini nanti..
Beginilah rupa ruang bilik yang agak luas..
Bagi memudahkan pembaca menghayati keadaan hotel ini, saya tunjuk gambar setiap sudut bilik termasuk toilet, opss!..
Saya tak suka tiles jenis ini sebab terasa berlumut walaupun hakikatnya bersih malah tiles ini rare dan mahal (may be)..
Antara facilities yang terdapat dalam bilik so called 5 star hotel..
Pemandangan dari bilik ke balcony facing garden..
Pada keesokan pagi, saya breakfast di cafe bernama Verandah.. Café ni mengadap swimming pool.. Sambil makan boleh cuci mata (bukan tengok orang mandi okay..) tapi menikmati kehijauan landscape.. ;-)
Makanan sangat variety dan memang win (kata budak sekarang).. Juadah dari east ke west semua ada.. Sorry gambar surrounding dalam café takde sebab menggiggil, malu nak ambil gambar ramai orang..
Gambar ni jer..
Selesai breakfast, next agenda anak bujang nak terjun tiruk dalam swimming pool.. En. Husband peneman setia bab-bab mandi-manda ni.. Mak tak kuasa..
Swimming pool pun win jugak sebab besar.. Mak feeling2 retis tak mau basah duduk tepi pool, mampu ambil gambar berlatarbelakang bungalow..
Nah belanja gambar sekeping..
Lepas mandi terus balik bilik untuk check out.. Haaa nak citer apa yang spoiled.. Sepanjang laluan ini (gambar bawah) dan persekitaran bilik hotel, udara sangat busuk seolah-olah bilik saya sebelah sewerage tank.. Nasib baik bau tak masuk bilik! Memang tak sanggup keluar dan tak sanggup buka tingkap. Sepanjang laluan ini saya tutup hidung dengan tudung, tak boleh tahan busuk yang amat! Uwekk..
Nampak jer cantik, menghijau tapi udara tercemar. Tak berbaloi rasa tinggal kat sini.. Pengalaman yang tak akan dilupakan.. Mengecewakan.. Saya ada tinggalkan hotel review di agoda.com since tempah melalui agoda. Bukan untuk mengaibkan pihak hotel tapi untuk improvement, biar diaorang alert perkara ini.
Okay itu sahaja cerita tentang short break di Cyberjaya.. Moral of the story, kadang-kadang apa yang kita harap bukan apa yang kita dapat.. Jadi terimalah seadanya..
W'salam
Luas biliknya boleh nak buat main bola
ReplyDeleteHihihi boleh guling-guling jugak Nieda..
Deletelaa., mukin ada kandang khinzir kat belakang resort spa nih., huhu2
ReplyDeleteYarghh mungkinkah Wak? Iskhhh loya bila ingat balik..
Deletehotel mahal ni..nmpk cantik..huhu..dekat je dgn tmpt keje saya..
ReplyDeleteOh really Yana? Dulu mengidam jgak keja kat Cyberjaya tapi tak kesampaian.. hikhikhik
DeleteLor... Npe x komplain? Tukar bilik ke? Klu my hubby dah gi komplain atau tukar bilik je... huhuhu. Sian awk
ReplyDeleteMasa tu memang tak terfikir Yus, mungkin sebab penat, lapar, kecewa.. hurrmmm pengajaran..
DeletePengalaman saya pula masa stay di sini, bilik memang puas hati. Luas & lapang. Tapi kepam. Bilik tu mungkin dah lama tak dihuni/divacuum. Sepanjang 2 hari di situ, kawan saya asyik bersin dan batuk. Alah pada debu.
ReplyDeleteBilik kepam sis memang setuju Farrah, pengudaraan dalam bilik mmg takde.. Situasi sis tak blh buka tingkap langsung, nnti bau kumbahan.. :-(
Delete