Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Pagi ini terasa happy yang amat sebab meeting yang sepatutnya on pukul 8.30 pagi tadi sudah dipinda ke satu tarikh yang akan diberitahu.. Sebelum tarikh baru diputuskan, sempatlah saya berjimba dulu, yahoooo!
Semalam, saya attended Persidangan Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) anjuran Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia dari Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia yang telah diadakan di Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka.
Basically, persidangan ini untuk memantau perlaksanaan undang-undang yang digubal dalam Akta tersebut oleh majikan saya selaku pengguna data.
Skop yang perlu diikuti oleh pengguna data:
Okay, tak nak cerita banyak, persoalannya sejauh mana kita peka / tahu hak kita sebagai subjek data? Adakah data peribadi kita selamat digunakan oleh pengguna data? Data peribadi kita paling utama ialah kad pengenalan.
Saya kongsikan sikit hak-hak kita sebagai subject data.
Hati-hati bila memberikan maklumat dalam website kerana dalam tak sedar ada online tracking.. Jaga-jaga ada yang memerhati..
Contoh paling mudah kat Malaysia ni, semua transaksi kebanyakkannya melalui kad pengenalan kann.. Oleh itu, berhati-hati sekiranya anda membuat transaksi / memberikan maklumat kepada pihak-pihak tertentu yang melibatkan nombor kad pengenalan. Especially bila join membership.. Baca dulu privacy policy sebelum sign up.
Data peribadi adalah harta bernilai tinggi. Keselamatan kita juga bergantung kepada data peribadi ini.
Para pengumpul data peribadi menjadikan nama, nombor kad pengenalan dan hp number sebagai sesuatu yang sangat berharga. Mereka dengan mudah mengaut untung dengan menjual data peribadi kita tanpa pengetahuan / tanpa izin.
Satu lagi, muka kita juga dianggap sebagai data peribadi tau! So hati-hati jika ada kamera merakam muka dan gerak-geri kita tanpa tujuan. Pastikan kita tahu motif sebenar.
Lepas ni hati-hati sikit.. Jangan syok bagi maklumat kat orang tanpa tujuan. Setakat isi borang, dapat voucher tapi maklumat peribadi kita dijual kepada orang ketiga dan keselamatan kita juga terancam apalah guna.. Kita juga yang menanggung. Sungguh tidak berbaloi!
Ini sahaja perkongsian saya..
Harap dapat dimanfaatkan bersama.
Thanks for reading..
W'salam..
great
ReplyDeleteThanks Anum;-)
Deleteperkongsian yang bermanfaat, thanks for sharing...
ReplyDeleteYou are most welcome Farah..
DeleteSharing is caring.. ;-)
Terima kasih perkongsian dan peringatan ya kak...
ReplyDeleteSama-sama my dear Perdu Cinta.. ;-)
DeleteMemang seharusnya hak pengguna dilindingi
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
Indeed Fidah Shah.. ;-)
DeleteIngatkan student je yg akan happy kalau kelas cancel, rupanya akak pun happy bila meeting ditunda. haha
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Takut pulak bila baca.
Hehehehe sudah tentu Ana.. Suka dia lain macam.. ahaks!
DeleteJust berhati2 bila beri maklumat peribadi yer.. :-)
Bagusnya entry ni..sebab tu memang kena berahsia sikit.. untuk keselamatan..btw thank for sharing LZ
ReplyDeleteSetuju Ros, lepas ni perlu lebih particular sikit bila berkongsi maklumat peribadi..
ReplyDelete