Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada pembaca blogku.
Alhamdulillah tiba Hari Jumaat yang penuh barakah.. Weekend pun just around the corner, boleh relax dan spend masa untuk diri sendiri dan keluarga...
Kisah conversation semalam dalam kereta on my way back ambil Arief dari tuition class..
Kisahnya begini..
Arief : "Mama, ada kawan Arief jual gula-gula tatoo dan strawberry dalam class.. Dia kata ayah dia suruh jual."
Saya terkedu, hati terus layu sebab terbayang anak kecil tadi meraih simpati kawan-kawan supaya membeli gula-gula tadi. Andai benar ayah pelajar tu suruh, kenapa sampai begitu terdesak membebankan anak yang sedang belajar? Macam-macam dalam fikiran.. Mungkin terlalu terdesak dengan masalah kewangan? Apa pun andaian saya, mereka punya alasan sendiri..
Speechless.. Sedih pun ada..
Saya hanya menasihati Arief supaya sentiasa beringat kerana ada ramai orang yang kurang bernasib baik di luar sana. Jika ada kawan-kawan tak makan, saya pesan pada dia supaya berkongsi rezeki yang dia ada..
Begitulah lumrah hidup.. Tak selalu kita di atas..
Kita hanya boleh berdoa dan terus berdoa semoga hari ini lebih baik dari semalam...
Betul Kak LZ.
ReplyDeleteMacam area tempat saya lagi kesian, start balik sekolah pukul 2 petang sampai pukul 7 malam menjual tepi jalan besar dengan berbekalkan bakul sahaja. Atas permintaan emak dan abah mereka. Kesian sangat. Tapi nak buat macam mana, itu adalah hasil pendapatan mereka. Harap sangat ada pihak kebajikan menolong mereka. Kalau saya lalu di hadapan adik tersebut, memang saya berhenti tapi saya tak pernah jumpa.
Saya dapat tau pun sebab viral dengan Page Warga Kuantan di facebook. Sedih, sampai mengalir air mata mengenangkan. Dalam sesusah kita, ada lagi keluarga yang lebih susah dari kita. (!_!)
Sedihlah Ain, tak silap akak pernah terbaca citer adik kat Kuantan jual kuih sampai lewat malam, dia x larat sangat habiskan jualan.. Kesian sangat tapi apa kita boleh buat selain doa dari jauh. Sepatutnya pihak yang berkepentingan buat sesuatu, malangnya tidak.. Moga adik & keluargannya dilindungi Allah swt.
Deleteno comment and speechless
ReplyDeleteYup, no further comments kann lia.. :'-(
Deletetak terkata dengan ibu bapa sebegini. Huhu. Mungkin kerana kesempitan hidup yang melampau sampai mereka buat begitu tanpa memikirkan kesan yang lain. Hanya mampu doakan dari jauh :(
ReplyDeleteBetul Siqah, dari mata kasar mmg terasa ingin menghukum ibu bapa pelajar terbabit tapi bila fikir semula mgkn kerana kesempitan hidup mereka terpaksa berbuat demikian..:'(
Delete