Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada sahabat mayaku sekalian..
Terima kasih sudi singgah ke blog ini..
Hari ini, 8.4.2016 genap 12 tahun adik saya meninggal dunia.. Al-Fatihah..
Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 8.4.2004. Selepas adik meninggal, belum genap setahun abang saya pula meninggal dunia pada 12.2.2005.
Sungguh hebat dugaan kami sekeluarga ketika itu.
Namun saya percaya ada lagi insan lain yang menerima dugaan lebih hebat dari ini.. Itu yang membuatkan hati ini tabah menghadapinya dan redha dengan ketentuan Illahi..
Sesungguhnya memang benar rindu yang paling sarat ialah rindu kepada insan yang telah pergi buat selamanya.
Doaku semoga Allayarham Zulhelmi Bin Zakaria tenang di sana..
Sekian.. W'salam..
As Salam Kak LZ. Innalillahiwainnailaihiroji'un.
ReplyDeleteAlhamdulillah akak dapat terima dugaan ini dengan hati yang redha dan tabah. Saya doakan akak sentiasa kuat. Semua-nya hanya pinjaman untuk kita kan.
Saya doakan semoga arwah adik dan abang Kak LZ ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.♡
W'salam my dear Ain,
DeleteAmin semoga dimakhbulkan..
Mmg betul Ain, sejak itu akak sentiasa ingat, kwn2, adik-beradik, mak, ayah & sesiapa sahaja yg kita sayangi akan pergi bila2 masa.. Justeru, peluang yg ada kalau blh akak nk sentiasa happy dgn mereka..
Assalammualaikum kak...betul..rindu pada orang yang telah tiada sangat pedih..
ReplyDeleteW'salam my dear PC,
DeleteYer PC, rindu yang amat sangat.. :'(
Assalamualaikum kak LZ..
ReplyDeleteSesungguhnya rindu pada mereka yang tiada sangat sakit terasa. Allah lebih sayangkan mereka :(
W'salam adik,
DeleteMemang benar.. Sedih & sebak tapi kena redha ketentuanNya.. Allah lebih sayangkan mereka kannn Siqah.. :-)
Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama insan-insan yang beriman.
ReplyDeleteRindu paling sarat pada orang tersayang yang sudah pergi meninggalkan kita. Tak mampu nak menatap mukanya kembali buat selama-lamanya. Saya faham perasaan itu kerana saya juga telah kehilangan seorang abang yang sangat saya sayangi. Walaupun sudah berbelas tahun, seakan baru semalam terasa pemergiannya.
Amin..
DeleteBegitulah perasaan says Mummydearie, x sanggup tgk gmbr arwah, rindu & terasa baru smlm arwah pergi.. :'(
Assalam Kak LZ. Al-fatihah... Semoga rohnya di tempatkan dalam golongan orang orang yang beriman. Insyaallah.
ReplyDeleteBetul tu.. rindu paling tak terluah.. rindu pada insan yang telah pergi untuk selama lama nya. Semoga akk terus di berikan kekuatan dan ketabahan hati. Amin.
Wsalam Aina,
Delete..آمين
Terima Kasih singgah..
al fatihah.. semoga arwah diletakkan dikalangan orang yang beriman
ReplyDeleteAmin.. Semoga dimakhbulkannn..
DeleteTerima kasih Zeera..