Friday, April 22, 2016

What's in my work bag?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca blog saya.. Tiba sudah hari Jumaat, cepat sungguh masa berlalu, I guess that happens when your life is busy, right? Sampai tak sedar hari begitu pantas berlalu. Apa pun, saya sentiasa doakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.. 

Entry kali ni lain sikit.
Kali ini saya akan kosongkan bag kerja saya untuk tunjuk kepada pembaca apa ada dalam bag saya. Sebenarnya idea untuk buat post ni dah lama tapi baru sekarang berkesempatan.. Orang selalu share via YouTube tapi saya hanya share di blog sekadar suka-suka..

So "What's in my work bag?".  Let's get started..

Apa dalam bag kerja saya? Begitulah maksudnya bila diterjemahkan.



First of all, ini bag ke office setakat ini. Mengapa saya kata 'setakat ni?', sebab saya suka bertukar-tukar bag. Bag ni baru digunakan akhir bulan lepas. Jenama MNG dan masih bertahan hingga sekarang.
Saya beli di Instagram @on9boutique - promote sikit.. ;-)

Bag ni ada 2 ruang di kiri dan kanan manakala bahagian tengah terdapat 1 poket berzip. Pocket berzip tersebut saya simpan barang sulit dan persendirian.. ^_~
Saiz bag agak besar so boleh masuk fail saiz A4.

Bahagian dalam bag berwarna merah, itu yang membuatkan saya jatuh cinta dengan bag ini. Lagi satu, saya guna bag jenama MNG untuk ke pejabat sebab boleh lenjan sampai rabak, tak yah sayang sangat dan berkira-kira kalau koyak atau kotor berbanding bag berjenama yang hanya akan digunakan bila bershopping hujung minggu. 

Ini pula (kiri) my foamdori (diary / planner / notebook) untuk rekod court cases and financial planner. Planner / foamdori ni boleh dibeli di Instagram @papernplanner..

I carry this around with me on the daily basis and I know zaman IT sekarang ni you can just input it in the phone but there is something special writing down what's you are doing for the day in this planner. I use this planner basically for office and personal use manakala sebelah kanan my stationary case. Boleh muat segala macam pen, highlighter even small staples pun sumbat jugak dalam ni. 

Next, my wristlet jenama Coach. Saya tak guna purse/wallet sebab wristlet cukup compact,  ada 10 cards slot, 1 pocket kecil di dalam dan large pocket di luar. Boleh masuk handphone. Wristlet ni sangat senang dibawa ketika lunch hour so tak perlu bawa handbag besar. Mungkin lepas ni akan ada post : What's in my Coach wristlet?..hehehe

Ini pula keperluan yang wajib ada dalam bag dari kiri:

  • Body mist isipadu 75ml jenis Murni jenama Shurah. Bau dia I tell you sangat wangi, bau bunga beraldehid dan rempah (I refer to description pada label).
  • Losyen pelembab tangan dan kuku jenis Floral Collection, Rose (Rosa Centifolia) jenama Marks & Spencer.
  • Eau De Toilette Parfums (100ml) jenis Miss Dior Cherie Blooming Bouquet jenama Christian Dior. Suka bau perfume ni sebab bau bunga rose, ada sikit bau citrus dan musky. Perfume saya bertukar-tukar setiap hari depend on mood.
Image result for Miss Dior Cherie Blooming Bouquet
    • Sebahagian lipsticks yang kerap digunakan dari kiri Matte Berry no. 5 jenama Elianto, NYX Soft Matte lip cream jenis Antwerp (SMC05), Istanbul (SMC06) dan Cannes (SMC19), Red Revival (645) jenama Maybelline, lip balm jenis Rose Addict juga jenama Maybelline dan NYX Jumbo Lip Pencil (720). Sebahagian lipsticks ada dalam bekas. Semua sumbat dalam cosmetic case warna pink yang dah lusuh.. Masih belum ada pengganti yang sesuai. 

    Keperluan lain yang mesti ada dalam bag dari kiri atas ialah :

    • Bekas isi USB, pen drive dan earphone, then kunci kabinet office, 
    • waterproof plasters jenama Watson (tangan kerap luka terkena hujung kertas yang tajam), 
    • sugarfree mints jenis peppermint jenama mentos pure fresh, 
    • antibacterial wipes jenama Kleenex, dan 
    • shopping bag. - Shopping bag ni sangat berguna bila membeli groceries hari Sabtu, no plastic bag campaign so perlu sentiasa ada dalam bag.

    Ini bekas USB cable dan pen drive serta earphone secara dekat.

    Cermin juga satu keperluan, mesti ada dalam bag untuk pastikan muka sentiasa 'bersedia' bila meeting di luar.

    Last sekali, tablet jenama ASUS ZenPad 8.0 (Z380KL).

    Begitulah barang-barang keperluan yang sentiasa saya bawa ke office. Tetiba timbul idea untuk buat giveaway lepas ni. Agak-agak ada sesiapa nak join kaa, sila komen sikit.. ;-)

    Itu saja.. Thanks for reading..
    Have a great day & w'salam..




    12 comments:

    1. Waalaikumsalam & Salam Jumaat Kak LZ. ☺

      Wahhhh banyak-nya barang dalam bag akak. Biasa la kan, nama pun perempuan. Hiks! Sebab tu laaaaa kaum wanita ni suka bag besar-besar. Senang nak masuk kan semua.

      Cermin tu penting, ahaks! Sama la ngan kita punya cermin. Jenis lipat-lipat. Cute! ♥

      ReplyDelete
      Replies
      1. Aien, pagi or waktu balik office, siapa bertembung dgn akak mesti akan tanya : Besar bag ko, apa dalam tu? Hurrmmm nah tgk sendiri apa akak bawak kannn, hihihi 😉.

        Delete
    2. SEMUA KEPERLUANG PENTING PERLU DIISI DLM BEG TANGAN YA LZ AGAR SNG NK CARI

      ReplyDelete
      Replies
      1. Betul Kak PI, terutama sekali bila kita perlukan sesuatu.. Bila xde rasa semacam geram pun ada.. :-)

        Delete
    3. Assalammualaikum kak LZ....wah lengkap tu....mudahkan bila semua ada...

      ReplyDelete
      Replies
      1. W'salam PC, lengkap senang bila diperlukan.. ;-)

        Delete
    4. waaa, banyaknye barang..hehe
      nasib sy tak pakai mekap..huhu~

      beg g kerja bawak dompet dengan pam je..huhu..kuar jenjalan baru beg besar sikit..wet tisu, pampers anak, baju spare anak..hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. A'ah Yana, semua sumbat masuk dalam satu bag.. Yana ada anak kecil harus semua keperluan anak kann..hihihi

        Delete
    5. Lengkapnya beg kak LZ. Semua ada, macam poket doraemon dah. Hihi. Kalau beg siqah, kadang2 lipstick pun tak bawak. Hii. Brand lipstick kita sama! High 5! :D

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hi 5!!!! Hihihi

        Akak ni jenis pantang / cerewet kalau nk guna sesuatu, brg tu xde.. Lipstick pun kena match dgn tudung or baju.. So jalan selamat sumbat semua keperluan dlm bag doraemon, hihihi

        Delete
    6. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sure Aini, I'll contact you later.. thanks..

        Delete

    Leave your friendly messages here ^_~
    Feel free to visit my blog again..

    Loading...