Pages - Menu

Saturday, May 28, 2016

Food Review : Q Travel Café

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.. Didoakan semoga rakan bloggers sihat dan dirahmatiNya selalu..

Post hari ni saya nak mengimbas kenangan minggu lalu semasa pergi ke Ikano Power Center (IPC).. Sudah semestinya mencari sesuatu di IKEA.. Sampai IPC lebih kurang 12.30 petang, sambil berjalan menghala ke IKEA dari IPC tetiba ada seorang 'jejaka' berteriak : "Mari singgah, ada laksa Johor, nasi ambeng, mee rebus, spaghetti, lasagna..." Masa tu perut memang tengah lapar. Bila perut lapar, dengar saja nama makanan dah terbayang rupa menu satu persatu, hehehe.. 

Jadi tanpa berlengah, saya terus heret anak dan husband masuk ke café tersebut.. Kebetulan warna tema café pun warna kegemaran so memang sangat menarik perhatian dan terus 'masuk' ke jiwa..


Dekorasi café berkonsep moden.. Café tersebut attach dengan Travel Agency, jadi ruang makan agak sempit dan meja agak rapat tapi selesa.


Café ini membawa tagline "Best Laksa Johor outside Johor"


Dekorasi café lebih kepada tempat-tempat menarik di Eropah..

Kita pergi pula kepada cerita makanan.. Bila belek makanan yang terdapat dalam menu, majority makanan dari Johor.. So husband order makanan rare iaitu nasi ambeng..


Since tagline café ini menyebut tentang kelazatan laksa johor, jadi saya order Laksa Johor..

Laksa Johor di Q Travel Cafe

Laksa Johor ini menggunakan angelhair, saya suka jika dibandingkan dengan spaghetti.


Begini rupa nasi ambeng, nasi putih, mee goreng, ayam masak rempah, sayur, serunding dan ikan masin dibungkus sekali.


Arief Redza order beef lasagna. 

Minuman pula café latte untuk saya dan ice Milo untuk jejaka..

So far sedap, saya boleh beri 4 bintang untuk semua iaitu service, ambiance, makanan dan minuman. Overall memenuhi citarasa saya..

Lepas makan kita perlu menggerakkan anggota badan jadi ke IKEA untuk exercise kaki dan cuci mata serta membeli sedikit keperluan. 




Lepas dapat barang yang dicari, masa untuk pulanggggg..

Oh ya, sesiapa sudi singgah or ada masa or kebetulan ke IPC boleh cuba makan di sini :

 Q Travel Café ni alamat dia : LG-50, Ikano Power Center, Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor

Business hour : 10.00 am -  9.00 pm
Instagram : @q.travel.cafe

Okay, that's all..
Thanks for reading..
Wasalam..

8 comments:

  1. Assalammualaikum kak...nasi ambengnya tu nampak sedap...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam PC, nasi berlauk tu best sbb macam2 rasa ada.. Simple and sedap ;-)

      Delete
  2. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU LZ..SDPNYA LAKSA JOHOR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Berhujung minggu kak PI.. Saya pun suka Laksa Johor Kak.. Rasa kuah berempah tu yg sedap.. :-)

      Delete
  3. Suka lalu depan cafe ni. Bau laksa menembus deria bau!

    ReplyDelete
  4. Siqah tak pernah jumpa kedai ni. Kalau pergi Ikea, just pergi Ikea je, pastu balik. Hehe. Boleh cuba lepas ni kalau ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, satu hari nnti kalau pegi IKEA jangan lupa lalu Ikano nnti Siqah akan lalu café ni, dapat bau laksa nikmat jugak.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..