Pagi cuti ganti yang sungguh nyaman.. Sedang menaip post ini, bau ikan goreng cencaru menusuk hidung. Cadang hari ni masak lemak cili api ikan cencaru. Sambil menaip, mesin basuh juga ligat berputar. Seperti kebiasaannya, pada hari cuti saya akan masak awal. Jadi tak perlulah terburu-buru ke dapur bila tengah hari nanti.
Click here : Menu Melur & Thyme
Selain hidangan ala-carte, ada juga set lunch berharga RM29.90 ++ bermula pukul 12pm - 3pm, hari Isnin hingga Jumaat.
Ruang makan yang disediakan di bahagian dalam. Masih kosong.
Mana tidak, waktu ini pukul 11.45 pagi. Jadi saya dan family orang pertama 'merasmikan' restoran ini pada hari itu. Ada juga disediakan ruang makan untuk perokok di bahagian luar.
Ini pula keadaan restoran pukul 12.15 tengah hari. Sesak dan sarat dengan warga pejabat menikmati makan tengah hari.
Lebih kurang 15 minit waktu menunggu, hidangan pun sampai. Perut mula berkeroncong sejak tadi. Al-maklumlah perjalanan dari Seremban ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.
Wild mushroom soup. Sedap rasa creamy mushroom memang best dihidang bersama roti bawang putih bakar yang dihiris nipis. Rangup dan sedap!
Saya order "Nasi Goreng Bunga Kantan with Crispy Chicken".
Ada rasa sedikit kelainan dari segi 'rempah ratus' yang digunakan pada ayam goreng crispy tersebut.
Minuman sudah tentu cafe latte panas.
My all time favorite.. ^_~
Overall, dari 5 bintang saya bagi 3.5 bintang sahaja.
Cantik dan unik signboard Melur and Thyme, jadi izinkan saya mengabadikan kenangan di sini..
Sesiapa terasa ingin cuba rasai pengalaman sendiri, boleh dapatkan info di
website : Melur and Thyme atau datang terus ke Nu Sentral Kuala Lumpur.
Sekian, terima kasih sudi baca.
W'salam..
selamat bercuti lz sambil jalan2 cari makan..
ReplyDeleteTerima Kasih kak PI, betul tu kak jalan2 cari makan sedap.. Hihihi :-)
DeleteWaalaikumsalam & salam sejahtera Kak LZ.. ^^,
ReplyDeleteWahhh, nampak menyelerakan la makanan dia..Decoration dier moden style gittew kaaaaannnn..Menarikkkk..(^_*)..
Why bagi 3.5 star jer??..Hehe..
Morning Ain,
DeleteDéco & presentation makanan semua okay, 3.5 bintang utk rempah ayam goreng selebihnya rasa biasa-biasa.. Gitu citer dia Ain.. ;-)
Assalam kak LZ. =)
ReplyDeleteAina pernah breakfast dengan kontraktor dkt sini.. try Eggs Benedict.. Healthy gitu Ahahaha.. n kawan order french toast caramel banana n pecan nut. manis sangatttt. lunch tak pernah try lg. =) Harga utk breakfast.. blh tahan la. hihi
W'salam dear aiNa,
DeleteOh I see, sapa pernah rasa tau laa camne kann.. Harga makanan atas tu pun boleh tahan jugak aiNa, hehehe ;-)
wah.. 3.5 bintang je ye kak.. makanan die nmpk sedap.. deco die pun cantik.. hihi
ReplyDelete3.5 bintang jer E'in, rasa biasa yang pernah akak rasa. Cuma ambiance jer kot menarik.. ;-)
DeleteNampak makanan dan restoran dah menarik, masih 3.5 bintang akak bagi. Hii. Mungkin sudah pernah jumpa kedai yang lagi memenuhi citarasa akak kan. So level kepuasan tu dah naik. Hihi.
ReplyDeleteCreamy mushroom nampak sedap! Dannnnn latte! Siqah pun pengemar latte yang tegar. High 5! :D
Akak consider cerewet jugak bab2 makan.. Konsep dia mudah, kalau mahal pastikan ada quality & memenuhi citarasa. Ada rupa, ada harga. Kalau restoren gah tapi quality mknan mcm gerai, baik akak mkn kt gerai dgn harga standard gerai, setuju tak? Bag café latte & mushroom soup, give me 5!
Delete