Pages - Menu

Saturday, May 14, 2016

Pesawat terbesar Antonov 225 di KLIA..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.. Didoakan semoga kalian sihat dan dilindungiNya selalu..

Hari ni, 14.5.2016 sebuah pesawat terbesar di dunia telah mendarat di KLIA lebih kurang pukul 8.00 pagi tadi. 

Menurut sumber dari Malaysia Airport, pesawat terbesar ini, Antonov AN-225 Mriya ("the Dream") mendarat di KLIA untuk mengisi minyak.


Berita ini telah dilaporkan di internet dan suratkhabar, jadi orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri pesawat tersebut.

Untuk pengetahuan, pesawat terbesar ini dalam perjalanan ke Australia untuk menghantar sebuah generator seberat 117 tan ke Perth.


Pesawat ini telah singgah di India dan Turkmenistan sebelum mendarat di KLIA.


Pesawat Antonov 225 ini dilengkapi 6 enjin, 42 tayar dan seberat 640 tan. 



Para petugas di Malaysian Airport berpeluang mendekati pesawat tersebut, untunglah... :-)

Okay, itu saja berita yang ingin dilaporkan. Bukan senang dapat peluang ini.
Okay, happy reading..
Have a great weekend..
W'salam..


10 comments:

  1. Replies
    1. Yer Kak, x sangka ada pesawat sebesar itu.. teruja tengok.. :-)

      Delete
  2. Wow..puas hati ni kak tengok depan mata...seronok yang berpeluang tengok dan sentuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC, mmg best dan boleh dianggap 'once in a lifetime'.. :-)

      Delete
  3. Besar sungguh pesawat ni. Tengok kargo dia kalau duduk dalam tu, rasa tak jumpa. Hehe.

    Siqah baru tahu kisah ni selepas pesawat mendarat. Pelik juga macam mana rakyat malaysia yang lain boleh tahu sampai berada di sana untuk melihat depan mata. Agaknya, siqah yang tak tengok berita or baca paper. Tu yang ketinggalan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg besar yang amat Siqah.. Sebelum mendarat berita dia keluar di website Malaysia Airports, tu sbb masing2 x mau lepaskan peluang.. :-)

      Delete
  4. Terima kasih inform LZ....kalau tak baca entri ni mmg le tak tahu hihi....
    Sudi juga singgah di airport kita ye LZ....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih kak, a'ah sudi jugak singgah M'sia kak, dptlah org kita tengok secara dekat.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..