Wednesday, June 08, 2016

Apa yang perlu diasingkan?

Assalamualaikum dan Salam Ramadan diucapkan kepada pembaca blog ini.. Pagi ini hujan turun agak lebat.. Alhamdulillah, syukur dengan segala kurniaaNya..

Okay, 1.6.2016 bermulalah penguatkuasaan dan pemantauan pengurusan sisa pepejal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ("KPKT").

Apa yang perlu kita asingkan? 
Sila rujuk gambar di bawah:


Lepas sahur tadi, ada tak buang sampah? Kalau ada jangan lupa asingkan bahan-bahan buangan mengikut kategori berikut:

Plastik hitam - sisa makanan dan perlu dimasukkan ke dalam tong sampah manakala plastik berikut perlu diletakkan di sebelah tong sampah.

Plastik biru - Kertas
Plastik kuning - botol
Plastik hijau - Lain-lain

Berikut pula antara jenis bahan/barang yang perlu diasingkan:
 Kaedah pengasingan sila rujuk di sini.

Setelah tempoh educate masyarakat tamat, kempen juga telah dibuat, maka berkuatkuasa 1.6.2016 penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal mula dilaksanakan. Tindakan undang-undang akan dikenakan jika tidak mengamalkannya selaras dengan Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Jadual kutipan bahan buangan dan maklumat lanjut boleh didapati di website SWCorp.

Sesiapa ingkar, kompaun seperti kadar di bawah akan dikenakan mengikut jenis premis kediaman iaitu premis bertanah (landed property) dan premis bertingkat (highrise building) :


Okay, setiap perkara ada pros and cons. Saya rasa masyarakat faham dengan matlamat kerajaan untuk mencapai perlaksanaan Pelan Transformasi Minda 2015 - 2020 iaitu ke Arah Negara Bersih, Indah dan Sejahtera tetapi terdapat juga rungutan masyarakat kerana terbeban apabila seolah-olah dipaksa membeli beberapa jenis bag plastic sampah mengikut warna dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Frankly speaking, saya belum lagi berkesempatan study Akta 672 tersebut. Persoalannya, apa jadi kalau sampah selain sisa makanan tak dimasukkan dalam beg plastic berwarna?

Jadi, apa kata anda? Kongsikan pendapat anda  tentang hal ini. Jika ada idea kita boleh kongsi di ruang komen di bawah. Maklumbalas rakan blogger amat sangat dihargai. Terima kasih.


12 comments:

  1. Replies
    1. Yup Anum demi generasi akan datang.. ;-)

      Delete
  2. Assalammualaikum kak..moga kita memulakan dengan bersungguh ya..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam PC, amin. Bila kita niat baik2, maka mudah dilaksanakan nnti..

      Delete
  3. Salam Kak LZ, terima kasih singgah blog nini :)

    Hari tu pernah wakil daripada SWCorp tu datang IPG, bagi ceramah pasal cara nak selamatkan alam sekitar. Tapi pasal yang asingkan sampah guna plastik lain2 warna ni, dia tak dak mention pun, hehe.

    Nak je buat macam ni. Tapi, kalau kita sorang je yang ada effort tu rasa macam sia-sia pulak. Yelah, apalah sangat kalau hanya 1/10 dari kumpulan individu yang bersungguh. Yang lain buat tak peduli.

    Saya setuju jugak yang pembelian plastik sampah warna warni tu makan kos. Saya lebih suka yang sediakan pelbagai tong untuk lain2 jenis sampah. Tapi sayangnya, tong2 yang saya tengok dekat iklan tv tu tak pernah ada dekat kawasan kampung saya. Mungkin ada dekat pekan-pekan atau bandar je kut. Haraplah one day kerajaan negeri sediakan :D

    Enjoy the rest of your day, selamat berpuasa! (^-^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih dear Nini.. Terima kasih atas perkongsian Nini..

      Itulah, sis pun tak pasti sama ada compulsory atau tidak penggunaan beg plastics berwarna tu.. Pusat kitar semula kebanyakkan ada di bandar besar. Pekan tak semua ada.. So sad. Harap2 lepas ni diperbanyakkan & lebih ramai participate.. Kita tengok kebaikan utk jangkamasa panjang.. ;-)

      Delete
  4. Oh dah mula pengasingan sampah ya LZ.Bagus kan begini,untuk alam sekitar kita juga kan.
    Kawasan kampung kediaman akak pun SWM ada angkut sampah tapi belum gitau lagi suruh asingkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula Kak, tak silap takde notis pemberitahuan lagi sebab kempen dah dibuat awal. 1.6.2016 start penguatkuasaan ke taman perumahan. Sesetgh PBT dah start spot check tong sampah. Kat tv pun ada keluar iklan kompaun..

      Delete
  5. Rumah kakak sebenarnya dah lama amalkan jual barang yg boleh dicycle LZ. Memang tak banyak dapat dalam 2-3 ringgit tapi boleh jugalah masuk tabung anak. Jadi kalau buang sampah tu memang betul-betul sampah yg dah tak boleh direcyclelah. Abang tukang buang sampah rumah kakak, macam dah jadi rutin/jadualnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cara kak zakie.. Saya ada juga asingkan brg buangan yg blh recycle kak tapi lori brg kitar semula ronda tak tentu. Pusat kitar semula takde, tu sebab sampah recycle banyak. So terpaksalah SWM kutip..

      Delete
  6. Kalau tak mulakan sekarang bila lagi?
    Tapi tulah bab plastik color-color tu, rumah Mrs. A semua bag sampah color hitam jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Mrs. A, sumbat semua dalam beg plastic hitam secara berasingan..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...