Pages - Menu

Friday, June 17, 2016

Cepat masa berlalu..

Assalamualaikum semua.. Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini..
Lately terasa masa cepat berlalu.. 24 jam sehari Allah beri terasa terlalu singkat.

Sepanjang Ramadhan ini saya bangun menyiapkan sahur seawal 4.00 pagi so far without fail. Habis sahur 5.30 pagi, sementara tunggu azan Subuh saya perlu periksa semua kelengkapan sekolah Arief seperti pakaian ke Smart Readers, buku-buku dan alat tulis to make sure all in order.


Kemudian, selepas solat Subuh terus bersiap ke pejabat. Waktu pejabat start 8.00 pagi hingga 4.45 petang dalam bulan Ramadhan. Di pejabat sibuk dengan urusan pejabat. 

Then, on the way balik rumah singgah Smart Readers fetch Arief. Sampai rumah dekat pukul 6.00 lebih. Rehat 5 minit untuk sejukkan badan sebelum mandi. Pastu solat Asar, kemudian masak untuk berbuka. Siap semua biasanya pukul 7.15 petang. Hidang makanan, sementara tunggu azan Maghrib tengok berita NTV7. Selesai berbuka puasa, solat Maghrib dan buat sikit ibadah yang patut. Siap semua dalam pukul 10.00 malam. Lepas tu baru betul-betul rehat. Masa ni surfing sambil tengok berita. Saya suka surfing dari tengok TV. Arief pula buat homework atau revision. Kalau rajin saya tengok cerita apa-apa yang ditayangkan sampai pukul 10.30 malam. 

Sebelum tidur capai buku, baca buku sekejap masa ni dah mula mengantuk.. Ulang rutin yang sama setiap hari kecuali hujung minggu.

Rutin yang sama, pejam celik masa berlalu dengan cepat. Bila fikirkan balik, lebih banyak urusan dunia. Bukankah masa hidup perlu lebih banyak mengumpul saham akhirat? Saya sedar, terasa insaf. Saya sentiasa berdoa agar ibadah yang dibuat selama ini diterima oleh Allah dan mendapat redhaNya. Ya Allah berikanku kesempatan untuk menambah amalan.

Bila masa cepat berlalu, usia mak dan abah pun semakin lanjut. Hidup ini singkat. Kita tak tahu bila Allah ambil nyawa kita. Ya Allah, berikanku kesempatan berbakti kepada mereka. Berbuat baik sebanyak mungkin selagi ada hayat. Semoga kita mendapat ganjaran syurga dan sentiasa mendapat keampunan dariNya. 
Amin.

12 comments:

  1. Padat jadual harian LZ sepanjang bulan Ramadhan ni ya.
    Betul tu masa terus berlalu ,tak kan menoleh hari semalam lagi...usia kita pun semakin singkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padat sangat Kak sampai tak terasa penat. Bila tiba hujung minggu relax, balas dendam.. Hihihi

      Delete
  2. Mmg jadual bln Ramadhan lbh padat sebenarnya, urusan hidup disulami dgn ibadah yg sgt patut diisi sempena bln berkat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat Nor Azimah, jadual padat terasa masa singkat..

      Delete
  3. Begitulah kita sebagai emak yang bekerjaya. Saya pun sama, macam tu jgk LZ. Masa berlalu terlalu singkat. Hinggakan kita rasa hubunhan dgn Pencipta sangat kurang. Apa2 pun niatkan segala apa yg kita lakukan itu kerana Allah. Mudah2an menjadi ibadah dan mendapat ganjaran drpNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..
      Itulah hakikatnya KB.. Terasa kerdil diri ini bila kenangkan amal ibadat tak seberapa.. Moga diberi kesempatan utk lebih beramal..

      Delete
  4. Inshaa Allah kak. Entry simple tp buat kita berfikir. Satu lg, saya respect sangat ibu2 yg seolah2 tidak kenal erti penat. Terbaikk! Moga jd saham akhirat, inshaAllah. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..
      Ana, bila kita jadi ibu tanpa sedar segala pengorbanan memang secara tak langsung utk anak & keluarga lebih dari diri sendiri.. :-)

      Delete
  5. Betul LZ....tambahlah awak keje kan. Mmg rasa cepat sangatlah. Baca rutin awak tu, boleh bayang betapa penatnya awakkan. Moga Allah membalas penat lelah awak tu dengan ganjaran yg besar insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, in shaa Allah Kak.. Terima Kasih mendoakan.. :-)

      Delete
  6. InshaAllah moga ibadah yang dibuat tu akan diterima oleh Allah

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..